CHOICE adalah pengalaman memperkayakan diri. Ia nya bukan seperti mana-mana retret lain, ia adalah tentang membuat pilihan dan melihat ke dalam setiap aspek dalam hubungan kita dengan orang penting di dalam kehidupan kita.
Hujung Minggu CHOICE ialah percutian daripada gaya hidup yang sibuk, di mana anda boleh menyelami ketenangan dan mendengar siri perbentangan jujur dan menyentuh hati.
Semasa Hujung Minggu ini, terdapat aktiviti seperti interaksi secara berkumpulan dengan peserta lain, agar dapat bertukar idea dan pengalaman, juga ada masa untuk membuat refleksi diri agar dapat mendengar suara hati.
Sebelum menyertai program choice, saya sebenarnya masih tidak mempunyai sebarang gambaran tentang program CHOICE ini. Saya rasa agak gementar kerana saya fikir saya seorang sahaja yang menyertai program ini dan langsung tidak mengenali sesiapa pun yang turut serta. Pelbagai persoalan bermain di fikiran saya, bagaimana agaknya perjalanan program ini? Apa sebenarnya objektif dan tujuan program ini dijalankan? Namun, dorongan untuk menyertai program ini datang daripada rakan-rakan Youth gereja saya yang mengatakan bahawa program ini sangat menarik dan memberi pengalaman yang bermakna kepada mereka. Kata-kata mereka membuatkan saya tertarik untuk mencuba sendiri.
Selepas mengikuti choice, saya berasa sangat puas hati kerana berpeluang menyertai satu program yang benar-benar memberi kesan mendalam terhadap diri saya. Ia merupakan satu pengalaman berharga yang sukar ditemui di mana-mana dan akan saya ingat sepanjang hidup saya. Sepanjang program berlangsung, saya mendapati bahawa CHOICE ini bukan sekadar program biasa tetapi penuh dengan kejutan dan momen yang tidak disangka-sangka. Saya langsung tidak menyesal menyertai program ini. Malah, salah satu perkara paling bermakna bagi saya ialah hubungan kekeluargaan yang terbentuk sepanjang program ini berlangsung. Ia membuatkan saya rasa diterima, disayangi dan dihargai, walaupun pada awalnya saya tidak mengenali sesiapa pun.
Saya yakin program CHOICE ini merupakan suatu panggilan daripada Tuhan untuk saya. Ia hadir tepat pada waktunya dan membawa pengajaran dan kesedaran yang begitu besar dalam hidup saya. Program ini membuka mata dan hati saya terhadap banyak perkara tentang diri sendiri, orang lain, dan juga hubungan saya dengan Tuhan. - Maureen, CBM1
Tarikh: 5-7 September 2025
Tempat: St. Lukas Centre, Kota Padawan
Masa Ketibaan: 5.30pm, 5 September
Pakaian - Sila sediakan jaket / baju sejuk untuk mengelak kesejukan di dewan.
Sarung bantal, cadar & selimut - bantal dan tilam disediakan.
Tuala dan sepasang selipar untuk mandi.
Peralatan mandian - sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi dll.
Ubat-ubatan yang diperlukan.
Botol air minuman – untuk mengurangkan sisa plastik, peserta adalah digalakkan membawa botol air sendiri.