CORETAN PENGASAS DI LAPANGAN KESIHATAN MENTAL INDUSTRI
CORETAN PENGASAS DI LAPANGAN KESIHATAN MENTAL INDUSTRI
Coretan Dari Hati : Bila aku turun dilapangan kesihatan mental industri dan komuniti, aku nampak ada kelompongan khusus di dalam bidang kerjaya kesihatan mental lapangan. Bayangkan, aku pernah ditanya oleh seorang pelajar pondok tahfiz "Che Qiim , macam kami ni boleh ke nak ada kerjaya macam Che Qiim ? Kami ni suka kemahiran. Bab akademik ada yang kurang. Kami boleh ke timba ilmu kemahiran dalam bidang kesihatan mental macam yang Che Qiim buat ini ?"
Aku pun terangkan kepada mereka 2 lajur utama sekiranya nak belajar ilmu kesihatan mental ni. Satu lajur akademik proper. Masuk universiti. Ambil ijazah proper. Jadi pakar akademik. Lajur ke-2 pula iaitu lajur kemahiran industri. Jadi, aku terangkan pada pelajar-pelajar pondok yang minat dalam bidang ini dari aspek lajur kemahiran yang kjarang disentuh oleh sistem kita di Malaysia.
Aku ceritakan secara telus bagaimana perjalanan orang industri macam aku. Lajur ke-2 ini lebih fokus kepada bidang kemahiran. Kerana itu aku dan pasukan membuka ruang dan peluang kepada individu yang kompeten untuk mengambil sijil-sijil kemahiran profesional. 70% Praktikal. 30% Amali. Dan, kebetulan aku pun involve dalam bidang kemahiran di Malaysia.
Dulu orang ingat bidang kemahiran hanya tumpu pada kerja-kerja teknikal aje. Macam baiki kereta. baiki motor. baiki basikal secara profesional. Rupa-rupanya ada juga bidang kemahiran yang berasaskan soft skill. Boleh jadi satu kerjaya (fast track). Fokus terus untuk pembangunan kerjaya diri. Tak perlu bazir masa muda.
Anak muda sekarang, style mereka berbeza. Ada yang nak belajar terus ke akademik. Ada pula yang mahu potensinya digilap melalui kemahiran profesional. Kerana itu aku dan team bersungguh untuk membangunkan sijil-sijil profesional kemahiran dalam bidang sokongan kesihatan mental di Malaysia. Mudah faham. Aku bagi analogi mudah . Kalau engkau bekerja sebagai seorang ketua unit sumber manusia, pasti engkau ada penolong ketua unit bukan ? AAhah ! Macam tulah juga dalam bidang perkhidmatan sokongan kesihatan mental.
Adanya Professional Anxiety Coach, Mental Health Coach, Terapis Pengurusan Insomnia, Klinikal Hipnoterapis, Quranic Therapist (Tadabbur Pemulihan Kesihatan Mental Islami) seperti ini adalah sebagai penolong / pembantu profesional dalam bidang perkhidmatan sokongan kesihatan mental di Malaysia. Mereka terdiri daripada individu yang kompeten dilapangan sosial. Mereka berhak untuk upgrade kemahiran mereka dalam membantu orang secara profesional. Mereka ini beroperasi secara sah (private) melalui entiti perniagaan yang berdaftar di Malaysia.
Kan bagus sekiranya pelajar-pelajar lepasan seperti pondok tahfiz dapat membangunkan kerjaya mereka dalam bidang kemahiran kesihatan mental industri. Ini satu aset yang besar jangka panjang. Di Malaysia, kita kekurangan profesional kesihatan mental yang lahir dari pusat pengajian tahfiz dan pondok. Mereka ini adalah agen dakwah masa hadapan buat warga Malaysia.
Setiap kali aku melihat wajah anak-anak tahfiz dan pondok, hatiku merasa sangat kasihan dan bertanya "bagaimana kerjaya masa hadapan mereka yang memegang al-quran di dada? Apakah desing diri mereka hanya sekadar seorang ustaz atau bagaimana ?". Inilah bidang kemahiran yang dirintis oleh MWECKSCC. Aku tidak melawan arus akademik tradisional kerana aku juga mulakan kerjayaku berlandaskan akademik. Kemudian, aku terus fokus kepada landasan industri kerana aku nampak potensiku dengan jelas dalam bidang industri yang aku tekuni.
Niatku hanya buka peluang kepada inidvidu yang kompeten melalui jalan kemahiran kesihatan mental industri. Sekurang-kurangnya, apabila aku tutup mata, ada anak muda yang kompeten menyambung warisan Mweckscc yang kecil ini. Ini yang aku doa dihadapan kaabah ketika aku mengerjakan umrah pada tahun 2019.
Aku tulis ini bukan syok sendiri. Aku tulis ini dengan pengalaman dan pengetahuan ku dilapangan sosial melebihi 15 tahun. Aku faham kehendak perubahan kerjaya masa kini. Aku dah buat kajian dan pemerhatian dilapangan sejak 2008 lagi tentang perkhidmatan sokongan kesihatan mental di Malaysia. Perkhidmatan ini sudah aku petakan siap-siap dalam legasiku sebelum aku menghadap illahi. PETA KERJAYA UNIK ini sudah aku dokumentasikan untuk diserahkan kepada Perpustakaan Negara untuk diarkibkan sebagai bahan rujukan dan sumbangan kecilku kepada warga muslim Malaysia. Segala kerjaya unik ini telah aku semak dari aspek perundangan antarabangsa dan Ia menepati kerangkan pembelajaran sepanjang hayat (Long Life Learning Frame Work).
Setiap hari aku terfikir sekiranya bukan Mental Wellness Ecotourism Center Malaysia (Mweckscc) yang melaksanakan tugas tuntutan fardhu ain dan kifayah ini, nak harap siapa lagi ? Ia perlu digerakkan secara sistematik oleh pihak industri seperti Mweckscc. Inil hasil usahaku yang kecil buat memadam api neraka bila api neraka nak sentuh tubuhku. Aku buat ini bukan untuk bersaing dengan sesiapa. Aku buat untuk memudahkan urusan generasi muda sekarang agar boleh bina kerjaya mereka dilajur industri (kemahiran). GENERASI MUDA PERLU JADI EXPERT ketika MUDA kerana mereka punya tenaga hebat 200% kali ganda berbanding aku generasi 40-an. Aku terus fokus tanpa melihat kiri-kanan-depan-belakang kerana aku tahu bahawa aku dan team yang ada semangat kental, boleh berada di kemuncak kejayaan dalam bidang unik ini.
Allah s.w.t dah berikan pengiktirafan kepada kerjayaku melalui Enkslopedia BritishPedia United Kingdom 2021 ketika pendemik melanda. Allah s.w.t dah berikan aku menikmati Anugerah Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA), 2023 bagi kategori Emerging Brand (Well Being Center) Bumiputera Muslim pertama di Malaysia. Jadi, apa lagi yang aku nak sekarang ni ?
IMPIANKU HANYALAH SATU SEBELUM AKU TUTUP MATA. MEMBINA PUSAT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT YANG PROPER DALAM BIDANG KEMAHIRAN PERKHIDMATAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL KELUARKAN PELATIH YANG BERKEMAHIRAN TINGGI UNTUK UMAT ISLAM KERANA IANYA ADALAH SATU TUNTUTAN (MAQASID) SYAR'IYYAH KHUSUS KEPADA YANG MUSLIM.
Mungkin anda yang membaca coretanku ini, ada tanah / bangunan / rumah yang tak digunakan dan boleh digunakan secara optima dan berkeinginan untuk wakafkan kepada Mweckscc untuk tujuan dan hasrat ini, aku sangat berbesar hati. Kita boleh duduk bincang bersama sehingga jadi. Salam Khamis, 17 Rabiul Akhir 1446 H.
-Che Qiim, Mufakkir illallah.