Kurma Ajwa
Kurma Ajwa
Kurma Ajwa adalah jenis kurma yang telah dikenal penduduk Madinah sejak dahulu. Hal ini ditegaskan oleh ahli sejarah bernama as-Samhudi yang menyatakan menyatakan bahwa ilmu tentang kurma Ajwa merupakan pengetahuan turun temurun dikalangan masyarakat Madinah sejak jaman generasi awal Islam (para salaf).
Penjelasan tentang ciri-ciri kurma Ajwa juga dinyatakan oleh beberapa ulama lainnya. Antara lain Muhammad Bin Abdil Haqq Al-Yafrani (wafat 625 H) dalam bukunya "al-Kawakib al-Darari fi Syarh Shahih al-Bukhari", Syamsuddin al-Barmawi (wafat 831 H) dalam bukunya "al-Lami' al-Shabih bi Syarh al-Jami' al-Shahih", Ibnu Hajar al-Asqallani (wafat 852 H) dalam bukunya "Fath al-Bari Syarh Shahih al-Bukhari", As-Samhudi (wafat 911 H) dalam bukunya "Wafa al-Wafa bi Akhbari Dar al-Mustafa'" antaranya kurma ini berwarna lebih gelap, bersaiz lebih kecil, isi yang tebal, bentuknya sangat bagus, padat, agak keras dan kuat, termasuk kurma yang paling lezat, paling harum, paling empuk dan kurang manis dari jenis kurma yang lain
Hadits Rasulullah S.A.W perihal Kurma Ajwa
Hadis Riwayat Sa'ad Bin Abi Waqqas daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda pernah bersabda:
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya:
“Barangsiapa makan tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir.”
(Hadis Riwayat Bukhari (No. Hadis 5445) & Muslim (No.Hadis 2047)
Hadis Riwayat Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah R.A daripada Rasulullah S.A.W bersabda:
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.”
(Hadis Riwayat Muslim (No.Hadis 2048)
Manfaat Kurma Ajwa
Imam Ibnu Qayyim didalam kitabnya Thibb Nabawi menyatakan beberapa manfaat dari kurma secara umum:
1.Menguatkan hati
2.Memudahkan pembuangan air besar
3.Menambah stamina (ditambah dengan serbuk pokok cemara)
4.Menyembuhkan sakit kerongkong
5.Membunuh cacing dan membanterasnya dalam perut
Menurut Perubatan Moden manfaat Kurma Ajwa yang diketahui adalah:
1. Padat Dengan Antioksidan
Kurma ajwa pada dengan kebaikan antioksidan iaitu flavonoid glycosides. Sebuah kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan dalam kurma ini setara dengan produk antioksidan yang dijual di pasaran. Antioksidan ini bertindak dengan melindungi tubuh daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung dan bersifat anti-kanser.
2. Baik Untuk Sistem Penghadaman
Kurma juga sering dimakan pada waktu sahur dan berbuka kerana khasiat seratnya yang tinggi. Disebabkan kurang mengambil air pada waktu siang dan mengubah waktu makan, ramai yang cenderung untuk alami sembelit. Serat yang dijumpai dalam kurma ajwa serta kurma lain didapati berkesan untuk melancarkan sistem pencernaan dan membantu usu berfungsi dengan lebih baik.
3. Bersifat Antiradang
Kurma ajwa juga didapati kaya dengan mineral penting iaitu zat magnesium. Kurma ini juga mengandungi zat antiradang tertinggi yang setanding dengan ubat-ubatan seperti ibuprofen dan aspirin.
4. Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis
Salah satu keunikan yang dimiliki oleh kurma ini adalah kandungan gulanya yang hanya terdiri daripada monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi. Ini menjadikan kurma ajwa sesuai dimakan oleh pesakit diabetis tahap 2.
5. Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil dan Menyusu
Kurma merupakan antara makanan yang cukup sinonim bagi ibu hamil dan menyusukan anak kerana ia dikatakan mampu membekalkan tenaga. Sebuah kajian daripada Journal of Environmental & Analytical Toxicology turut mendapat kurma ajwa dapat membantu para ibu meningkatkan penghasilan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada jangkitan dan penyakit. Diperkaya dengan khasiat zat besi, ia juga merupakan salah satu makanan yang disyrokan kepada para ibu bagi mencegah anemia.
#KurmaAjwa #ManfaatKurmaAjwa #BushroMarketing
TONGKAT ALI
MANJAKANI