Pertandingan Fotografi Bukit Besar 2019

Pertandingan Photografi Bukit Besar 2019 Kali Pertama

Demi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menyayangi kampung halaman, peminat fotografi diharapkan dapat menggunakan peluang ini untuk sama-sama mencungkil kecantikan, keindahan dan keunikan di Kampung Rangkaian Bukit Besar.

Cara pertandingan kali ini amat meyeronokkan!

Para peserta mesti mengikut 4 tema yang diberikan oleh pihak penganjur, setiap tema perlu menghantar satu karya. Tema tajuk adalah seperti berikut:

1) Kecantikan Bukit Besar

2) Kampung Baru Bukit Besar

3) Empangan Lama Bukit Besar

4) Kesenian Bukit Besar (dalam masa yang ditetapkan, model/penari akan beraksi di kawasan bukit besar)

Terdapat 2 kategori bagi pertandingan fotografi iaitu katogori kamera dan kategori telefon bimbit.

HADIAH

Hadiah Kategori Kamera:

Johan: Hamper peralatan kamera yang bernilai RM1000 dan Travelmate Magazine selama setahun

Naib Johan: Hamper peralatan kamera yang bernilai RM600 dan Travelmate Magazine selama setahun

Tempat Ketiga: Hamper peralatan kamera yang bernilai RM400 dan Travelmate Magazine selama setahun

Tempat Keempat: Hamper peralatan kamera yang bernilai RM200 dan Travelmate Magazine selama setahun

Tempat Kelima: Hamper peralatan kamera yang bernilai RM100 dan Travelmate Magazine selama setahun

Hadiah Sagu hati (x5) : Hamper peralatan kamera yang bernilai RM60

Hadiah Kategori Telefon Bimbit

Hadiah Prima: Hamper peralatan kamera yang bernilai RM500

Hadiah Sekunder (X 5): Hamper peralatan kamera yang bernilai RM80

Hadiah Sagu hati (X 10): Hamper peralatan kamera yang bernilai RM50

Cara penyertaan:

1) Tarikh Pertandingan: 8 Disember 2019 (8 a.m. – 5 p.m.)

2) Tempat Berkumpul: Tokong Bukit Besar (https://goo.gl/maps/yARDP3MzLcrtEiG59 )

3) Pendaftaran secara online: https://forms.gle/FErGf14NyqReTa8XA

4) Yuran Pendaftaran: RM10

5) Masa Pertandingan: 10 a.m. – 5 p.m.

6) Waktu Pagi: Bertemakan model, manakala pada Waktu Petang: Bertemakan Pemandangan Bukit Besar.

7) Keempat-empat karya perlu diemelkan ke: kampungbarubukitbesar@gmail.com sebelum 15 Disember 2019, 11.59pm.

8) Tajuk emel sila tulis kategori pertandingan dan nama, contoh: Kamera - Tan Ah Beng

9) Sila rujuk keputusan pertandingan dalam laman web Bukit Besar, pihak penganjur juga akan menghubungi para pemenang untuk menghadiri Majlis penyampaian hadiah pada 5hb Januari.

10) Pemenang mengizinkan karyanya digunakan oleh pihak penganjur untuk tujuan promosi pelancongan tempatan.

11) Permarkahan berdasarkan keunikan dan kreativiti karya.

12) Keputusan hakim adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yeoh atas talian 016-4209371.

Peraturan Pertandigan

1) Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu kategori pertandingan sahaja. Peserta juga hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja iaitu 4 photo yang mengikut 4 tema yang ditentukan oleh pihak penganjur.

2) Kategori kamera perlu menghantar size photo sekurang-kurangnya 3000x2000 pixel, resolution/kejelasan gambar mesti 4MB keatas.

3) Kategori Smartphone pula perlu menggunakan resolution 16:9, kejituan gambar yang berkualiti tinggi.

4) Kedua-dua kategori perlu menghantar gambar yang jelas.

5) Semua karya perlu menggunakan format JPEG.

6) Gambar peserta tidak dibenarkan meletak sebarang logo atau nama di atas karya, kegagalan mematuhi arahan ini dianggap tarik diri.

7) Sekiranya gambar terlalu kabur, tidak jelas, terlampau terang atau gelap, karya tersebut tidak akan dinilai.

8) Peserta perlu menghantar 4 photo bertemakan 4 tema sebelum tarikh tutup.

9) Karya – karya dibenarkan “touch up” yang bersesuaian dari segi keterangan, warna dan kontra.

10) Karya tidak boleh menambahkan unsur yang bukan berlaku pada hari pertandingan, termasuklah latar belakang dan model.

11) Karya tidak boleh membabitkan unsur tidak bermoral dan sensitif.

12) Karya penyertaan adalah karya peserta sendiri sahaja, dilarang sama sekali menggunakan atau menciplat karya orang lain.

13) Para pemenang mesti bersetuju mengizinkan pihak penganjur menggunakan karya mereka untuk tujuan promosi dan pameran pada masa depan.

14) Para peserta mesti memastikan karya pertandingan tidak melibatkan kepentingan pihak ketiga.

15) Keputusan barisan hakim adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.

16) Panganjur tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kerosakan hadiah-hadiah yang telah diagihkan kepada para pemenang.

17) Hak penyertaan akan ditarik balik sekiranya peserta mengingkari salah satu peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

18) Semua hadiah dan sijil juga perlu dikembalikan kepada pihak penganjur sekiranya pemenang didapati melanggar peraturan pertandingan.

19) Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang perubahan berkenaan dengan pertandigan ini.

LIABILITI


Penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelewatan atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Borang Penyertaan.Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada kesihatan fizikal dan mental daripada mana-mana peserta.Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada mana-mana peserta dan barang-barang mereka kerana mengambil bahagian dalam pertandingan ini.Sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan pemenang), gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian Internet, kecurian, kemusnahan, atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, kegagalan fungsi perkasasan atau perisian yang timbul semasa pertandingan.Sebarang insiden, masalah kesihatan, kehilangan, kerosakan dan kerugian yang dialami semasa menyertai pertandingan
Peserta bertanggungjawab terhadap:Apa-apa kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur kepada mereka bagi tujuan pertandingan ini (sekiranya ada).Memastikan kebersihan kawasan persekitaran yang digunakan.