ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR
DARI SENMUO KE SAMURA. KITA SATU KELUARGA.
Dalam dunia teknologi komunikasi yang begitu pantas hari ni, mengekalkan hubungan yang bermakna boleh menjadi begitu mencabar. Walau bagaimanapun, kami yakin bahawa kuasa untuk berhubung semula dengan orang tersayang adalah tidak terukur. Dengan semangat inilah, Program Back to School 2025 (BTS 2025) akan dilaksanakan , iaitu satu program yang akan menghimpunkan alumni Sekolah Menengah Sains Muar . Semua alumni yang menyertai program ini diharapkan dapat mengimbau kembali detik dan kenangan berharga, mengeratkan persahabatan dan menghidupkan semula ikatan yang menyatupadukan .
Email kami di alumnibatch98sainsmuar@gmail.com