Hubungi kami: 0105669637(Faizal) atau 0192621480 (Fidzah)
FAQ: Jadi DEALER EMAS ORO ni kena beli emas tiap-tiap bulan ke atau perlu maintainkan pembelian ke?
Ini yang best tentang ORO. Tiada paksaan kena beli tiap-tiap bulan. Tidak perlu maintain pembelian pon. Beli emas ikut suka hati. Rasa nak beli, belilah.. rasa tak nak beli, takyah beli. Tapi kalau rasa dah gigil kena sawan emas, belilah emas.
FAQ: Jadi DEALER EMAS ORO ni kena menjual ke?
Tak perlu menjual emas pun. Jadi dealer ni, ibarat ada membership supaya kita boleh beli emas pada harga murah (harga dealer). So bila jadi dealer ni.Fokus beli emas untuk diri sendiri. Pastu, jika rasa nak buat duit (duit lebih), boleh lah menjual sikit-sikit kat kawan, jiran, sedara mara.
FAQ: Adakah kami sebagai dealer baharu akan dibantu atau diajar tentang emas atau perniagaan emas?
Alhamdulillah dalam Orodesign, kami diajar ilmu yang sangat berharga yaitu ilmu Fungsikan Emas dan selok belok perniagaan emas. Dengan ilmu ni, ramai sahabat kami dapat settlekan hutang Riba dengan cepat dan ramai juga dapat selamatkan duit belanja mereka dari hangus habis mcm tu sahaja.
Berkat sungguh simpanan Emas ni kan, dapat bantu umat Islam bebas dari Riba dan selamatkan perbelanjaan kita.
Dari masa ke semasa banyak kelas berkaitan emas akan dimaklumkan dalam group whatsapp dealer dan dealer boleh belajar dari kelas ini dengan bayaran yang sangat minima.
FAQ: Kilang MAA precious metal ni milik siapa??
Milik kilang MELAYU...100% BUMIPUTERA....Pemilik En Azrul Bin Azmin (MAA). Website rasmi boleh lawati www.maaorodesign.com
FAQ: kenapa kena bayar modal pula untuk join?
Kami kenakan bayaran yuran serendah RM799 SEUMUR HIDUP untuk servis dan perkhidmatan sebenarnya. Ada promosi bulan atau waktu tertentu yuran menjadi RM499 dan RM399. Sila whatsapp kami untuk mengetahui lebih terperinci promosi bulanan.
CONTOH : Anda buat loan dgn BSN...kalau tak de akaun BSN...kene buka akaun kan.....begitu jugak kami....
FAQ: Apa kelebihan Orodesign?
Banyak kelebihan...... antaranya... beli emas pada harga dealer... beli emas dengan harga kilang.. tak perlu orang tengah @ orang ketiga.. boleh dapat untung runcit yang besar jika berniaga.. emas sebanyak 30kilo disediakan di Katalog online kami.. jika minat trading/buka cawangan kedai emas. Boleh kenalkan seramai yang boleh program Orodesign.. ada bonus & reward yang menarik menanti dealer yang aktif buat rangkaian.
FAQ: betul ke harga emas Orodesign ni murah??
Ya.. harga emas orodesign akan dikemaskini setiap hari mengikut harga pasaran emas dunia..... anda akan dapat website sendiri & password boleh monitor sendiri harga kilang.
FAQ: Apa matlamat syarikat ini?
Melatih insan-insan di luar sana celik emas dan belajar simpan emas demi masa depan... kenapa.... sebab emas kalis inflasi..... kita tak tahu putaran dunia akan datang..... kita khuatir..... akan tiba satu masa... hanya dinar dan jongkong emas diterima sebagai penyelamat kewangan kita
FAQ: Saya belum join dealer, boleh saya nak pick sendiri (cash&carry) Emas di cawangan?
Maaf tidak boleh. Cuma dealer berdaftar sahaja yang boleh pick sendiri, jika cod beli dengan dealer sah sahaja.
FAQ: Saya sebagai dealer sah. Boleh ke terus pergi beli di cawangan?
Tidak boleh. Kena lock terlebih dahulu di platform dealer. Dealer yang nak cash&carry perlu lihat dulu ready stok Emas yang available di cawangan & jika barang yang dimahu ada buat lock order terlebih dahulu dalam platform dealer.
✅Proses lock order, pembelian Emas @ buyback Emas lama semua melalui web dealer www.orodesign.biz .
✅Kemudian boleh terus datang ambil Emas.
✅Pembayaran boleh secara cash di kaunter @ secara online transfer.
Buat masa ini terdapat dua cawangan yang telah beroperasi, di Sungai Dua & Cyberjaya.
https://www.maaorodesign.com/contact/
Next Branch bakal dibuka di Johor (under renovation) & perancangan seterusnya akan dibuka disetiap negeri.
FAQ: Boleh atau tidak saya ingin membeli emas di Orodesign ini secara ansuran?
TIADA ANSURAN
Beli emas secara tunai sahaja, emas terus diproses untuk penghantaran. Pembelian on the spot tidak tertangguh. Item sudah tersedia bukan pre-order kecuali item tempahan handmade.
FAQ: Adakah Orodesign ini menggunakan sistem Multi Level Marketing (MLM)?
BUKAN MLM
Hanya sistem single level. Introducer hanya terima komisyen RM1/gram dari pembelian ahli di bawahnya. Tiada komisyen untuk level 2, level 3 sehingga 7. Tiada paksaan untuk mencari ahli. Ada orang menjadi dealer semata-mata ingin mendapatkan harga dealer yang sangat murah berbanding dengan syarikat pesaing.
FAQ: Adakah yuran keahlian menjadi dealer perlu diperbaharui @ renew?
TAK PERLU RENEW
Tidak perlu renew keahlian dengan pembayaran yuran atau pembelian. Yuran keahlian dealer yang dibayar hanya sekali dan sah seumur hidup. Keahlian boleh diwarisi dengan T&C
FAQ: Apa beza Dinar dengan Jongkong Emas (Goldbar).
PERBEZAAN
1. Rupa Bentuk.
🟢Dinar mempunyai bentuk yang bulat atau berbentuk syiling. Sejak zaman Nabi Muhammad saw, Dinar telah digunakan sebagai mata wang Islam.
🟣Goldbar berbentuk Segiempat.
2. Gandaan Berat
🟢Dinar mempunyai gandaan berat yang mempunyai perpuluhan seperti berikut iaitu1/4 Dinar = 1.06g, 1 Dinar = 4.25g, 2 Dinar= 8.5g
🟣Jongkong Emas(goldbar) pula kebanyakan dalam gandaan genap bermula 1g, 5g, 10g, 20gm, 50g, 100g.
PERSAMAAN
1. Kualiti
🟣🟢Dinar dan Jongkong Emas mempunyai kualiti emas yang sama iaitu emas 999.9.
2. Keuntungan
🟢🟣Kedua-duanya memberi keuntungan yang sama mengikut berat masing-masing.Ada juga yang tanya apa beza emas dengan dinar? Emas is emas. Dinar pun emas. Lebih tepat jongkong dan syiling emas..Cuma istimewanya dinar, ia melambangkan islamic icon (matawang islam). Sesuai untuk buat mas kahwin atau hantaran kahwin. Untuk ditukarkan di Mekah pun menarik sebab pak arab di sana sangat sukakan rekabentuk dinar . Nak buat bayar zakat pun molek. Cubalah. Kesimpulannya, kedua-duanya Dinar dan Goldbar ini adalah emas yang mempunyai kualiti yang sama iaitu emas 999.9 dan yang membezakannya adalah rupa bentuk.Ada orang suka mengumpul koleksi Dinar dan ada yang suka koleksi Goldbar. Ada juga yang suka kedua-duanya.🤗......
FAQ: Barang kemas, dinar emas dan goldbar, mana lagi untung?
Cara kiraan mudahnya adalah sebegini.
Barang kemas = untung
Goldbar & dinar = lebih untung
Simpan barang kemas bukan tak untung tapi jika simpan goldbar atau dinar, lebih untung.
SEBABNYA:
1. Ketulenan
Barang kemas berketulenan 916, manakala Dinar & Jongkong berketulenan 999.9
Lebih tinggi kandungan emas, maka maka lebih tulen dan membawa kepada nilai yang lebih mahal.
2. Caj Pembuatan
Perbezaan paling ketara antara barang kemas dengan Jongkong atau Dinar ialah Caj Pembuatan.
Barang kemas mempunyai Caj pembuatan yang sangat tinggi. Caj pembuatan mengikut rekabentuk emas tersebut.
Lebih susah atau sukar pembuatannya maka nilai atau caj pembuatan lebih tinggi dan mahal.
Sebagai contoh untuk lebih jelas, rekabentuk barang kemas yang berpintal-pintal, berpiuh-piuh, berbengkang-bengkok dan bersimpang siur semestinya lebih mahal daripada barang kemas yang lurus.
Kita baca dan dengar pun sudah susah, inikan pula untuk menghasilkan reka bentuk design tersebut.
3. Spread
Spread ialah harga belian balik. Ini bermaksud kita hanya faham ketika situasi menjual semula emas tersebut.
Di Orodesign kadar spread sangat nipis, sekiranya jadi dealer spread bawah 6% sahaja.
Barang kemas mempunyai spread yang sangat tinggi,kebiasaannya sekitar 15% hingga 40% kerana barang kemas kategori Emas terpakai (Used Gold) apabila jual disebabkan faktor calar, bengkok, patah, kemek dan sebagainya.
Kesimpulannya
Nak melabur pilih jongkong emas atau dinar emas. Nak melaram pilih barang kemas. Kesemuanya untung, bezanya untung atau sangat untung.