Ramai lagi pengguna yang tidak perasan bahawa Steam Generator Iron mempunyai 1 ciri besar yang akan membezakan qualiti wap yang terhasil.
Tidak kira jenama seterika wap, spesifikasi ini amat penting untuk menghasilkan wap yang lebih konsisten pada tekanan yang lebih tinggi, iaitu samada ia mempunyai boiler (pemanas air) atau tidak.
Fungsi utama boiler adalah untuk memanaskan air sehingga ia dapat menghasilkan wap. Wap panas ini kemudiannya akan dikeluarkan melalui hose ke seterika di mana ia akan dipanaskan sekali lagi oleh tapak seterika. Jadi wap yang terhasil adalah lebih konsisten dan pada tekanan yang lebih tinggi.
Contoh model yang mempunyai boiler: https://shope.ee/LPu948DlH
Berbeza dengan model seterika wap tanpa boiler, wap hanya terhasil setelah air sejuk yang dipam dari tangki bergerak melalui hose dan akhirnya dipanaskan oleh tapak iron. Oleh sebab ini, wap yang terhasil adalah kurang konsisten dan pada tekanan yang lebih rendah.
Contoh model tanpa boiler: https://shope.ee/5V80IaaL3d
Dari segi harga pula, biasanya model yang mempunyai boiler ini adalah lebih tinggi. Tetapi bagi kami ianya sangat berbaloi bagi mereka yang sangat menghargai masa kerana ia sangat membantu dalam mempercepatkan kerja.
Cara mudah untuk mengenal model yang mempunyai boiler akan dikongsikan nanti.
Seterika wap anda rosak?
Mencari tempat repair steam iron?
Nak baiki dan siap cepat sepantas 1 jam?
Roger² la kami!!
Kepakaran kami khusus kepada Steam Generator Iron Philips pelbagai model.
Hampir semua parts yang rosak mempunyai pilihan samada untuk dibaiki, diubahsuai atau ditukar.
Yang mana pilihan terbaik?
Semuanya bergantung kepada apa yang dimahukan oleh pengguna itu sendiri.
Tugas kami hanyalah memberi pilihan yang ada kepada pengguna.
Jika mampu, tukar baru. Kemungkinan untuk parts tersebut rosak kembali adalah lebih rendah.
Jika budget terhad, boleh pilih untuk baiki atau ubahsuai. Kami akan melakukan yang terbaik berdasarkan pengalaman yang ada untuk memaksimumkan jangka hayat parts tersebut.
Memerlukan refurbished @ used parts? https://bit.ly/ShopeeBolehRepair
Pilihan di tangan anda.
Seterika wap anda rosak?
Mencari tempat repair steam iron?
Nak baiki dan siap cepat sepantas 1 jam?
Roger² la kami!!
Kepakaran kami khusus kepada Steam Generator Iron Philips pelbagai model.
Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini tentang kelebihan model steam generator iron yang mempunyai boiler, kali ini kami akan kongsikan cara mudah untuk mengenal pasti model tersebut.
Merujuk kepada posting sebelum ini, boiler adalah parts yang akan memanaskan air sebelum wap bertekanan tinggi yang terhasil dikeluarkan melalui hose ke tapak seterika. Dan dari segi sains, proses pemanasan air melalui tindakbalas kimia akan menghasilkan keladak yang akan terkumpul di dalam boiler. Keladak ini perlu dikeluarkan secara berkala supaya prestasi boiler sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Dengan keperluan untuk membersihkan boiler inilah pengguna dapat mengenalpasti model seterikan wap yang mempunyai boiler. Ini adalah dengan melihat pada main body (kawasan tangki air) steam generator iron tersebut. Bergantung kepada model iron, biasanya akan terdapat tombol berlabel Easy De-Calc (Philips) atau Calc Collection (Tefal) di bahagian tepi atau belakang kawasan tersebut. Contoh tombol tersebut adalah seperti berikut https://shope.ee/8A8tXFIThf
Tetapi terdapat beberapa cara yang boleh dibuat oleh pengguna supaya kadar keladak yang terhasil ini dapat dikurangkan dan jangka hayat steam generator iron dapat dipanjangkan. Tips ini akan kami kongsikan di posting berikutnya.
Seterika wap anda rosak?
Mencari tempat repair steam iron?
Nak baiki dan siap cepat sepantas 1 jam?
Roger² la kami!!
Kepakaran kami khusus kepada Steam Generator Iron Philips pelbagai model.
Tangki air seterika wap anda kotor, lumut, berkeladak & ada kesan karat?
Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, ada beberapa perkara yang perlu dibuat.
1. Lumut - elakkan meletak steam iron anda berdekatan dengan tingkap atau sentiasa terdedah dengan cahaya matahari.
2. Keladak & karat - amat digalakkan untuk mengunakan air bertapis (RO, Coway, Cuckoo dan yang sejenis dengannya). Pilihan kedua adalah air paip.
3. Isi air dalam tangki mengikut keperluan. Jangan biarkan air bertakung lama jika tidak digunakan.
4. Kerap de-calc mengikut kadar penggunaan anda.
Seterika wap anda rosak?
Mencari tempat repair steam iron?
Nak baiki dan siap cepat sepantas 1 jam?
Roger² la kami!!
Kepakaran kami khusus kepada Steam Generator Iron Philips pelbagai model.
Plug top / kepala plug anda melekat pada soket dan susah untuk dicabut?
Besar kemungkinan adalah kerana bahagian plastiknya telah cair kerana terlampau panas.
Perkara ini biasanya hanya berlaku pada peralatan eletrik berkuasa tinggi (high power / wattage) yang mempunyai fungsi pemanas (seterika wap, water heater, periuk elektrik, dryer dll) atau penyejuk (peti sejuk, aircond dll).
Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku.
1. Wiring soket rumah anda bermasalah.
2. Anda menggunakan extension atau adapter yang berkualiti rendah.
Untuk perkara pertama, sila dapatkan technician untuk memeriksa sistem pendawaian rumah anda.
Untuk perkara kedua, sebaiknya gunakan direct ke plug dinding dan jangan berkongsi dengan peralatan elektik berkuasa tinggi yang lain.
Jika tidak dapat dielakkan, pastikan anda menggunakan extension yang mampu menampung aliran elektik yang tinggi iaitu yang mempunyai cable yang lebih besar & soket yang berkualiti.
Jangan abaikan perkara ini kerana dalam keadaan yang lebih serious mungkin boleh mengakibatkan kebakaran berlaku.
Pakar Philips Steam Generator Iron, Noxxa Pressure Cooker & Cordless Vacuum Dyson
Seterika wap anda rosak?
Panas tapi tak keluar steam?
Tak panas langsung?
Tak boleh on?
Power trip bila on?
Leaking / bocor?
Mencari kedai repair steam iron?
Nak baiki dan siap cepat sepantas 1 jam?
Roger² la kami!!
Kepakaran kami khusus kepada Steam Generator Iron Philips pelbagai model.
Penapis udara / filter yang tidak diselenggara dengan baik akan memendekkan jangka hayat motor vacuum Dyson anda.
Untuk memastikan vacuum Dyson anda berfungsi dengan baik dan lebih lama, pastikan filter ini kerap dibersihkan atau ditukar.
Pakar Philips Steam Generator Iron, Noxxa Pressure Cooker & Cordless Vacuum Dyson
Seterika wap anda rosak?
Panas tapi tak keluar steam?
Tak panas langsung?
Tak boleh on?
Power trip bila on?
Leaking / bocor?
Mencari kedai repair steam iron?
Nak baiki dan siap cepat sepantas 1 jam?
Roger² la kami!!
Kepakaran kami khusus kepada Steam Generator Iron Philips pelbagai model.