Portal rasmi ini adalah media alternatif dalam menyampaikan maklumat kepada pegawai/kakitangan dan orang awam berkenaan tugas-tugas, peranan dan tanggungjawab BKP selain Laman Web rasmi JMTI : http://www.jmti.gov.my. Tujuan utama portal ini adalah bagi memudahkan pegawai/kakitangan dan orang awam untuk berurusan dengan pihak BKP secara dalam talian.
Memberi khidmat dalam mengendali hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan, perjawatan, kewangan dan perolehan serta ICT Institut Teknikal Jepun Malaysia.
Menentukan aktiviti-aktiviti Khidmat Pengurusan Institut Teknikal Jepun Malaysia dijalankan dengan cekap dan berkesan.
Menguruskan kursus/ latihan softskills di dalam dan luar negara
Menguruskan Mesy JK Tadbir Urus (JITU), JK Latihan (MJKL), Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Lembaga Tatatertib dan Panel PPSM
Mentadbir dan menyelia pelaksanaan HRMIS Institut
Menyelia kes tatatertib Institut
Melaksana urusan kenaikan pangkat
Menyelia urusan tapisan keutuhan SPRM
Menguruskan permohonan tapisan keselamatan kakitangan Institut
HRMIS - menguruskan pelaksanaan HRMIS kepada kakitangan di Institut
Melaksanakan urusan perkhidmatan yang melibatkan pelantikan, pengesahan, pemberian taraf berpencen, penamatan, persaraan Institut
Menguruskan permohonan berkaitan kemudahan, tuntutan dan permohonan cuti mengikut kategori yang diperincikan dalam Perintah Am Bab C
Menguruskan urusan penempatan pegawai dan perjawatan
Menguruskan pelantikan myStep dan kontrak
Mengkaji keperluan perjawatan dan organisasi serta meluluskan hal-hal pembangunan organisasi Institut