Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan secara rasminya oleh Ketua Polis Negara pada 25 Julai 2014 dan sebagai jabatan yang ke-9 di dalam PDRM. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Senior Deputi Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah JIPS (Integriti) dan Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard).
Penubuhan ini adalah gabungan daripada Urus Setia KPN Integriti (Tatatertib), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) serta cawangan Naziran Jabatan-jabatan yang dikoordinasikan di dalam satu jabatan yang khusus kepada Integriti dan Pematuhan Standard berdasarkan kepada 6 teras :
Urus Tadbir / Kepolisan AM
Bahagian Agama dan Kaunseling
Pengurusan Aduan
Pematuhan
Risikan / Operasi
Siasatan / Perundangan / Kajian Kes
Memperkasakan PDRM dengan memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan. Ini adalah selaras dengan 3 keutamaan Ketua Polis Negara iaitu :-
Mengekalkan ketenteraman awam & kesejahteraan rakyat ;
Mengawal serta mengekang jenayah melaui pencegahan & penyiasatan berkesan ; dan
Memantapkan integriti & pematuhan standard warga PDRM
Peneraju dalam penguatkuasaan, pengukuhan dan membudayakan integriti warga PDRM berteraskan peraturan dan undang-undang.
MISI
Progresif dan dinamik dalam memperkasakan pengukuhan integriti dan modal insan serta pemantapan integriti warga PDRM.