BAB 2 : BIOLOGI SEL DAN ORGANISASI SEL
BAB 2 : BIOLOGI SEL DAN ORGANISASI SEL
STANDARD KANDUNGAN :
2.1 Struktur dan Fungsi Sel
STANDARD PEMBELAJARAN:
2.1.1 Menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan
2.1.2 Mengenal pasti struktur sel haiwan dan sel tumbuhan berdasarkan pemerhatian menerusi mikroskop cahaya
2.1.3 Menganalisis komponen dalam sel haiwan dan sel tumbuhan seperti yang dilihat pada mikrograf.
2.1.4 Menyatakan fungsi utama komponen dalam sel haiwan dan sel tumbuhan seperti yang dilihat pada mikrograf.
2.1.5 Membanding dan membezakankomponen antara sel haiwan dengan sel tumbuhan.
STANDARD KANDUNGAN :
2.2 Proses Hidup Organisma Unisel
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.2.1 Mengkonsepsikan proses hidup organisma unisel seperti Amoeba sp. dan Paramecium sp..
2.2.2 Mengitlak proses hidup organisma unisel seperti yang dilihat menerusi mikroskop cahaya.
STANDARD KANDUNGAN :
2.3 Proses Hidup Organisma Multisel
STANDARD PEMBELAJARAN:
2.3.1 Menghubung kait keunikan struktur sel khusus dengan fungsi sel dalam organisma multisel.
2.3.2 Mengenal pasti sel khusus dalam organisma multisel.
2.3.3 Mencerakinkan kepadatan organel tertentu dengan fungsi sel khusus dalam organisma multisel.
2.3.4 Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan fungsi suatu organel bagi sel tertentu dalam organisma multisel.
STANDARD KANDUNGAN :
2.4 Aras Organisasi
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.4.1 Membuat urutan aras organisasi dalam organisma multisel.
2.4.2 Mengenal pasti sel, tisu atau organ dalam suatu sistem organ.
2.4.3 Berkomunikasi tentang sistem organ dengan fungsi utamanya dalam organisma multisel.