BAB 15 : PEMBIAKAN SEKS, PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
BAB 15 : PEMBIAKAN SEKS, PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
STANDARD KANDUNGAN :
15.1 Sistem Pembiakan Manusia
STANDARD PEMBELAJARAN :
15.1.1 Mencirikan anatomi:
(i) sistem pembiakan lelaki.
(ii) sistem pembiakan wanita.
STANDARD KANDUNGAN :
15.2 Gametogenesis Manusia
STANDARD PEMBELAJARAN :
15.2.1 Mewajarkan keperluan gametogenesis.
15.2.2 Memerihalkan pembentukan gamet:
(i) spermatogenesis.
(ii) oogenesis
15.2.3 Mengenal pasti struktur:
(i) sperma.
- kepala.
- bahagian tengah.
- ekor.
(ii) folikel Graaf.
- oosit sekunder.
- sel folikel.
15.2.4 Membanding dan membezakan antara spermatogenesis dengan oogenesis.
STANDARD KANDUNGAN:
15.3 Kitar Haid
STANDARD PEMBELAJARAN:
15.3.1 Menganalisis perubahan aras hormon yang terlibat semasa:
(i) haid.
(ii) perkembangan folikel.
(iii) penebalan endometrium.
(iv) ovulasi.
(v) pembentukan korpus luteum.
15.3.2 Menghubung kait perubahan aras hormon yang terlibat dengan:
(i) kehamilan.
(ii) keguguran.
15.3.3 Menyatakan maksud sindrom prahaid dan sindrom putus haid
STANDARD KANDUNGAN:
15.4 Perkembangan Fetus Manusia
STANDARD PEMBELAJARAN:
15.4.1 Menghuraikan proses persenyawaan dan pembentukan zigot.
15.4.2 Membuat urutan dan menerangkan perkembangan awal embrio sehingga penempelan:
(i) embrio dua sel.
(ii) morula.
(iii) blastosista.
15.4.3 Menerangkan peranan hormon gonadotropin korion manusia (HCG) pada peringkat awal kehamilan.
15.4.4 Berkomunikasi tentang peranan struktur berikut dalam perkembangan fetus:
(i) plasenta.
(ii) tali pusat.
15.4.5 Mewajarkan keperluan sistem peredaran darah fetus dan sistem peredaran darah ibu yang berasingan.
STANDARD KANDUNGAN:
15.5 Pembentukan Kembar
STANDARD PEMBELAJARAN:
15.5.1 Memerihalkan proses pembentukan kembar:
(i) kembar seiras.
(ii) kembar tak seiras.
15.5.2 Membanding dan membezakan antara kembar seiras dengan kembar tak seiras.
15.5.3 Menghubung kait pembahagian sel dengan pembentukan kembar Siam
STANDARD KANDUNGAN :
15.6 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Pembiakan Manusia
STANDARD PEMBELAJARAN:
15.6.1 Menyatakan maksud kemandulan.
15.6.2 Berkomunikasi tentang punca kemandulan manusia.
STANDARD KANDUNGAN:
15.7 Pertumbuhan Dalam Manusia dan Haiwan
STANDARD PEMBELAJARAN :
15.7.1 Menerangkan maksud pertumbuhan organisma.
15.7.2 Menentukan parameter untuk mengukur pertumbuhan manusia dan haiwan.
15.7.3 Memerihalkan pertumbuhan serangga:
(i) metamorfosis lengkap.
(ii) metamorfosis tidak lengkap.
15.7.4 Menganalisis fasa pertumbuhan dalam lengkung pertumbuhan sigmoid manusia dan haiwan.
15.7.5 Mencerakinkan lengkung pertumbuhan berbentuk tangga bagi haiwan berangka luar.