Program bual santai pelajar SES 1 yang mengambil kursus Biologi bersama para pensyarah Biologi telah berlangsung pada Khamis 20 Julai 2023.
Diharapkan program ini dapat menyuntik semangat para pelajar bagi menetapkan dan mencapai matlamat sepanjang berada di matrikulasi.
Pelbagai pertandingan telah diadakan melibatkan pelajar Biologi seperti BioAmazing Race, pertandingan fotografi, BioAwatni, FreeMarket, BioQuiz, Spell It Right dan PdP Inovatif. Terima kasih atas penglibatan dan tahniah kepada semua pemenang.
Program pecutan akhir PSPM merupakan program yang diadakan pada setiap hujung semester bagi memastikan para pelajar bersedia menghadapi peperiksaan Biologi. Bersama kita memecut menuju kecemerlangan.
Program khas yang diadakan buat pelajar SES terpilih bagi membantu mereka lebih bersedia menghadapi PSPM. Ikhlas dari kami untuk anda.