BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP)
BHEP @ PUSAT ASASI
LAMAN RASMI BHEP @ PUSAT ASASI UiTM DENGKIL
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Pusat Asasi UiTM Dengkil bertanggungjawab menyediakan sokongan menyeluruh kepada para pelajar sepanjang pengajian mereka di kampus. Bahagian ini memastikan pelajar mendapat akses kepada kemudahan yang selamat, perkhidmatan kebajikan yang cekap serta bimbingan pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah selaras dengan objektif pendidikan UiTM.
HEP diterajui oleh Pengarah serta Timbalan Pengarah (HEP), dan dibantu oleh pegawai profesional serta staf sokongan yang mengurus pelbagai aspek kebajikan, sahsiah, psikologi, kesihatan, sukan dan pembangunan pelajar.
Bagi melaksanakan fungsi tersebut, HEP merangkumi beberapa unit utama seperti berikut:
Unit Pentadbiran
Unit Psikologi & Kaunseling
Unit Sukan
Unit Kesihatan
Unit Masmed
Unit ICAN
Setiap unit memainkan peranan khusus dalam menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk memastikan kesejahteraan, keselamatan serta perkembangan akademik dan sahsiah pelajar berada pada tahap optimum sepanjang mereka mengikuti program di Pusat Asasi UiTM Dengkil.