Projek ini adalah satu inisiatif untuk melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang keusahawanan. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk memberikan mahasiswa peluang seluas-luasnya bagi memastikan mereka berupaya menjadi usahawan berketrampilan. Dengan menganjurkan projek sebegini, diharapkan agar mahasiswa dapat meningkatkan kualiti usahawan yang mampu berdaya saing di dalam universiti ataupun di luar universiti.
● Membentuk mahasiswa Universiti Malaya yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan.
● Mempertingkatkan penglibatan mahasiswa dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi.
● Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif di peringkat universiti bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mapan.
● Meningkatkan bilangan usahawan berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif sejajar dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030.
● Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mahasiswa selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2021-2025.
● Budaya keusahawanan dapat diterapkan dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaya.
● Peningkatan bilangan graduan yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan setelah tamat pengajian.
● Graduan berkualiti dan memiliki pemikiran, sifat dan nilai keusahawanan serta cekap dalam selok-belok keusahawanan dapat dilahirkan sejajar dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030.
● Ekosistem keusahawanan dalam kalangan mahasiswa di Malaysia dapat dikembangkan selari dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2021-2025.
● Daya saing negara dapat dipertingkatkan dalam menghadapi permasalahan ekonomi global akibat peningkatan persaingan dan cabaran yang berpunca daripada Industri 4.0.