LOGO BBP BENTONG
MONTAJ PENGENALAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BENTONG
Boleh Lihat lagi banyak aktiviti di tiktok dan facebook kami
MONTAJ AKTIVITI DAN KECEMASAN YANG DIHADIRI
Makan malam bersama YS pengarah
Taklimat pelaksanaan STB
Pelancaran OPS selamat tahun baru cina
Latihan Kawad Mahir RTA
Derma Darah di Bbp Bentong
LOW CARBON CITIES 2030 CHALLENCE
2x LD meninggal di tempat kejadian
Tarikh : 06 Januari 2025 (Isnin)
Alamat: KM 42.1,Lebuhraya kuala lumpur-karak(KLK) menghala Bentong.
Pada jam 8.16 malam,BBP Bentong menerima panggilan kecemasan khidmat khas kemalangan jalan raya melalui sistem MERS 999.1X jentera FRT,3X motosikal RIM,1X rapid rescue vehicle (RRV) dan 1X kali kenderaan utiliti hilux dengan kekuatan 12 orang anggota termasuk komander operasi iaitu Ketua Balai PKPgB Mohd Shafie Bin Sulong telah digerakkan kelokasi kejadian.Setibanya pasukan bomba dilokasi,ketua operasi PBK I (KUP) Che Anuar dan PBK II Roslani lapor benar berlaku kemalangan melibatkan 1X lori treler muatan besi buruk telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung anggaran ketinggian sedalam 20 meter.Setelah melakukan "size up",ketua operasi lapor mangsa tidak dapat dikesan dibawah timbunan besi buruk dan seterusnya ketua operasi lapor ke PGO Pahang meminta bantuan unit pengesan (K9) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.Unit pengesan K9 hadir dilokasi kejadian dengan kekuatan 3 anggota,2 ekor anjing pengesan dan terus melakukan operasi mengesan kedudukan mangsa dibawah timbunan besi buruk tersebut dengan tepat.Mangsa telah berjaya dikesan,didapati telah tersepit didalam kabin lori treler tersebut.Seterusnya,ketua operasi mengarahkan pasukan bomba mengeluarkan timbunan besi buruk dan memulakan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas sehingga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan.Mangsa 2X lelaki dewasa telah disahkan meninggal dunia.Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Operasi ini juga telah dibantu oleh 2X anggota daripada Balai Bomba Dan Penyelamat Genting Highlands,PDRM,KKM,APM,AFA PRIME serta rakan-rakan pemandu lori daripada syarikat berkenaan.Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus didalam operasi tersebut,salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.
KEBAKARAN HELIKOPTER
Tarikh : 6 FEBRUARI 2025 (KHAMIS )
Alamat: JALAN LAMA KUALA LUMPUR BERHAMPIRAN KOLAM AIR PANAS .
PADA ANGGARAN JAM 1039 BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BENTONG MENERIMA PANGGILAN KECEMASAN KEBAKARAN HELIKOPTER . PASUKAN BOMBA HADIR DILOKASI DAN DIDAPATI KEBAKARAN MELIBATKAN SEBUAH HELIKOPTER BELL 206 LONG RANG. PASUKAN BOMBA DIKETUAI PBK I KUP HAZNAN BIN BASIR BERSAMA 5 ANGGOTA MEMBUAT PEMADAMAN MENGGUNAKAN 2 ALIRAN SALUR BANTU MULA AIR TANGKI PAM JENTERA SEHINGGA PADAM SEPENUHNYA. TERDAPAT 1 MANGSA LELAKI DEWASA CEDERA DAN 1 LELAKI DEWASA TELAH MENINGGAL DUNIA DAN DISAHKAN OLEH PIHAK KKM . KOMANDER OPERASI MEMASTIKAN KEADAAN LOKASI SELAMAT. MANGSA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA OPERASI TAMAT JENTERA BERSAMA ANGGOTA BERTOLAK BALIK KE BALAI .
KEMALANGAN JALAN RAYA (TRELA TERBABAS )
Tarikh : 28 Disember 2024 (Sabtu)
Alamat: KM 43.2,Lebuhraya kuala lumpur-karak(KLK) menghala Bentong.
Setibanya pasukan bomba dilokasi,komander operasi PBK I (KUP) muhammad lapor benar berlaku kemalangan melibatkan 1X lori tangki muatan simen telah terbabas dan terbalik.Setelah melakukan "size up",komander operasi lapor terdapat 2X mangsa lelaki dewasa dan 1X mangsa wanita dewasa yang terlibat.Makluman awal dilaporkan,1X mangsa lelaki telah dibawa ke hospital oleh orang awam.1X lelaki dewasa telah dikeluarkan oleh orang awam dan diberi perawatan awal seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulan APM.Komander operasi lapor,kerja-kerja menyelamat oleh anggota bomba mengeluarkan 1X mangsa wanita yang tersepit didalam kabin lori tersebut telah dilakukan menggunakan peralatan khas hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.Mangsa 1X wanita dewasa tersebut disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pihak KKM Hospital Bentong.Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.