❓ADAKAH INI RPH SETAHUN?
RPH ini diterbitkan mengikut fasa, bagi memastikan setiap perancangan PdP dibangunkan dengan lebih teliti dan relevan. RPH ini dijual secara satu fasa, satu harga.
❓ MENGIKUT TAKWIM NEGERI MANA RPH INI DISUSUN?
RPH ini disusun berdasarkan Takwim Negeri Kumpulan B. Walau bagaimanapun, ia masih boleh disesuaikan untuk kegunaan negeri Kumpulan A mengikut keperluan PdP masing-masing.
❓ RPH INI SESUAI UNTUK JENIS SEKOLAH YANG MANA?
RPH ini dibangunkan khusus untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan ditulis dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, guru-guru di SJKT dan SJKC juga boleh menggunakan RPH ini sebagai panduan, rujukan dan sumber idea dalam pelaksanaan PdP.
❓ ADAKAH PAKEJ INI MERANGKUMI PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA CINA?
Tidak. Pendidikan Islam dan Bahasa Cina TIDAK termasuk dalam pakej ini. Sekiranya modul tambahan ditawarkan pada masa akan datang, makluman akan dibuat melalui platform rasmi kami.
❓ ADAKAH RPH INI DITULIS SECARA RINGKAS ATAU TERPERINCI?
RPH dalam pakej ini ditulis secara terperinci dan sedia digunakan, merangkumi bahagian permulaan, perkembangan aktiviti, penutup, cadangan BBM, dan penilaian. Ia direka untuk membantu guru melaksanakan PdP dengan lebih terancang dan jelas.
❓ ADAKAH PAKEJ INI MENYERTAKAN LEMBARAN KERJA ATAU BAHAN BANTU MENGAJAR?
Tidak. Lembaran kerja dan bahan bantu mengajar TIDAK disertakan dalam pakej ini. Pendekatan ini diambil supaya guru mempunyai kebebasan untuk memilih, menyediakan dan menyesuaikan bahan mengikut tahap, kebolehan serta keperluan murid masing-masing.
❓ SIAPAKAH YANG SESUAI MENGGUNAKAN PAKEJ RPH INI?
Pakej ini sesuai untuk guru prasekolah dan tadika yang menggunakan Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026) sebagai rujukan rasmi dalam perancangan PdP.
❓ ADAKAH RPH BAHASA INGGERIS BERASASKAN CEFR?
RPH Bahasa Inggeris dalam pakej ini dibangunkan secara umum berdasarkan Learning Standards dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026.
❓ BOLEHKAH RPH INI DIUBAH SUAI MENGIKUT KEPERLUAN SEKOLAH?
Ya. RPH ini disediakan sebagai bahan sokongan dan pemudahcara, dan guru digalakkan untuk membuat penyesuaian mengikut keperluan murid, sekolah serta arahan pentadbiran masing-masing.
❓ EMEL APA YANG PERLU DIGUNAKAN UNTUK PEMBELIAN?
Sila gunakan alamat emel Gmail (@gmail.com) atau akaun Delima (@moe-dl.edu.my) sahaja semasa membuat pembelian. Semua bahan akan dihantar melalui pautan Google Drive dan hanya boleh diakses menggunakan akaun Gmail.
❓ BOLEHKAH SAYA MEMOHON PEMULANGAN WANG SELEPAS PEMBAYARAN?
Tidak. Semua pembelian bahan digital adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Oleh kerana bahan akan dihantar serta boleh diakses sebaik sahaja pembelian disahkan, tiada pemulangan wang akan dibuat selepas pembayaran selesai. Oleh itu, sila pastikan semua maklumat pembelian disemak dengan teliti sebelum membuat pembayaran.
🌻 RPH Lengkap dalam Word Doc Format (Boleh Edit)
🌻 Fail Divider Setiap Minggu
🌻 PDF Fokus Pembelajaran Setiap Minggu
🌻 Poster Fokus Pembelajaran Setiap Minggu
🌻 Rubrik Pentaksiran PBL (Boleh Edit)
🌻 Pendekatan Project-Based Learning (PBL)
🌻 PdP di Pusat Pembelajaran (Learning Corners)
🌻 Program Khas & Aktiviti Bertema
🌻 Integrasi Kemahiran Asas (BM, BI & MT)
🌻 Direka dengan minimal editing – jimat masa, fleksibel dan praktikal.
📅 Minggu 18 - Minggu 25
📌[LP-RPH2603] RPH FASA 3: ALAM BAHAN, ALAM SEKITAR & PEKERJAAN
📅 Minggu 26 - Minggu 29
📌[LP-RPH2604] RPH FASA 4: NEGARA SAYA
Harga Pengenalan RM25
(Sah sehingga 12.07.2026 11:59pm)
Harga Biasa RM50
📅 Minggu 30 - Minggu 42
📌[LP-RPH2605] RPH FASA 5: DUNIA TEKNOLOGI & KENDERAAN - RMX
Akan dikeluarkan
sebelum 17.08.2026 (Isnin)