Inovasi PAPERGAM merupakan satu inovasi berbentuk didik hibur yang menggunakan pendekatan gambar untuk murid belajar mengeja, membaca dan bercerita. Bahan inovasi ini dibina dengan menggunakan aplikasi perisisan powerpoint/keynote dan dicetak mengikut saiz yang sesuai iaitu 2 kaki x 3 kaki. Bahan inovasi ini hanya dibina melalui aplikasi powerpoint/keynote dan dicetak mengikut saiz yang sesuai untuk pengguna. Oleh itu boleh dikatakan pembinaannya amat mudah serta bahan yang diperlukan tidak sukar diperolehi atas talian. Inovasi ini didatangkan dengan lembaran kerja berbentuk softcopy dan juga buah permainan dan dadu. Bagi memasukkan elemen kitar semula, tutup botol pelbagai warna digunakan sebagai buah permainan.
Untuk cara permainan, sila tonton video penggunaan PAPERGAM di bawah
- Pertandingan Inovasi Seminar Kebangsaan Pemulihan Khas 2018 anjuran Jabatan Pendidikan Melaka.
- Pertandingan Inovasi EdNovac19 anjuran IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. (Anugerah Khas Juri)
- Pertandingan Inovasi Cilik Bestari (PICB) 2019 anjuran Mindware PLT.
- Pertandingan Inovasi Pengajaran (PIP) 2018 anjuran Universiti Utara Malaysia.
- Seminar PdPc Abad 21 dan Karnival Inovasi Kebangsaan 2018 anjuran IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.
- International Research Innovation Invention Solution Exposition (IRIISE) 2018 anjuran Universiti Malaya. (Anugerah Khas Juri)
- National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2019 (iCompex19) anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra.
- National Innovation and Invention Competition NIICe2019 anjuran Universiti Tun Hussein On, Batu Pahat.
- Pertandingan Inovasi dan Pameran BOS 2018 peringkat kebangsaan anjuran IPG Kampus Darulaman Jitra.
- The Teacher's Innovation Carnival (T-Novate 2018) anjuran IUCEL
- Innovation Competition for International Summit of Innovation & Design Exposition 2019 anjuran Universiti Malaya
- Karnival Citranovasi Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan 2018