"Once a scout, always a scout"
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
1.Pendaftaran Skim Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-Kanak Lencana Keris Perak bagi setiap calon PKK diuruskan melalui pemimpin kumpulan/sekolah masing-masing sahaja.
2. Bayaran penyertaan adalah RM10 bagi setiap calon.
3.Hanya pemimpin kumpulan/sekolah sahaja yang berurusan dengan PPMWPKL Daerah Batu bagi mengemelkan borang penyertaan yang mengandungi maklumat calon PKK sekolah/kumpulan masing-masing beserta jumlah bayaran penyertaan mengikut jumlah calon yang menyertai.
4.Manakala calon PKK akan berurusan tentang penyertaan dan bayaran Lencana Keris Perak Terbuka WPKL dengan pemimpin PKK kumpulan/sekolah masing-masing.
5. Penyertaan Lencana Keris Gangsa Terbuka WPKL ini, didahulukan kepada calon PKK berusia 11 tahun dan 12 tahun.
6. Pemimpin PKK kumpulan/sekolah yang berminat sila isikan maklumat di bawah, pihak URUS SETIA akan menghubungi pemimpin dengan kadar segera untuk maklumat selanjutnya.
7. Pengesahan pendaftaran adalah apabila calon menerima Google Classroom Keris Perak WPKL 2021 dari pihak URUS SETIA.
Selain daripada maklumat melalui Laman Web Batu Scout, Emel Rasmi Batu Scout dan Google Classroom Batu Scout. Info rasmi juga disalurkan melalui Telegram Rasmi Batu Scout. Dijemput para calon, pemimpin , ibu bapa penjaga calon untuk masuk ke pautan ini :
Standard Pembelajaran :
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak sebagai mengakui:
pelbagai kemahiran
kegiatan luar dengan elemen asas berdikari
kebersihan diri, rumah dan persekitaran.
Standard Pembelajaran :
Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap kanak-Kanak itu mestilah mendapatkan dahulu
Lencana Keahlian
Lencana Wajib ( tunjukkan gambar ahli PKK sedang melaksanakan aktiviti atau sekiranya ada sijil penyertaan bagi aktiviti tersebut tampalkan dalam Buku Log)
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
3 - Ahli PKK dapat mengingati dan melafazkan Persetiaan Pengakap dan mengenali pemimpin Negara dan kumpulan,
4 - Ahli PKK dapat menyatakan rukun ibadat, kaedah kebersihan, ciri-ciri keselamatan dan peralatan dalam kotak pertolongan cemas.
5 - Ahli PKK dapat menghuraikan dan mengamalkan pertolongan cemas, Lencana Kegemaran dan modul mengikut keperluan Skim Lencana Kemajuan Keris Perak.
6 - Ahli PKK dapat menghasilkan Buku Log yang lengkap mengikut keperluan Skim Lencana Kemajuan Keris Perak dan amalan semua disiplin Pengakap dengan baik.
Objektif Pembelajaran :
Ahli Pengakap mengamalkan gaya hidup selamat, sihat dari segi sosial, kecergasan dan kesihatan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual.
Ahli Pengakap menyatuni protokol dalam organisasi.
Ahli Pengakap dapat menyemai nilai patriotik dalam jiwa.
Ahli Pengakap menghormati agama, adat dan budaya.
Ahli Pengakap menjana daya pemikiran dinamik dan bertindak positif
Ahli Pengakap mengamalkan komunikasi berkesan.
Ahli Pengakap mengamalkan nilai kepimpinan dan disiplin.
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
3 - Ahli PKK dapat mengingati dan melafazkan Persetiaan Pengakap dan mengenali pemimpin Negara dan kumpulan,
Objektif Pembelajaran :
Ahli Pengakap menyatuni protokol dalam organisasi.
Ahli Pengakap dapat menyemai nilai patriotik dalam jiwa.
Ahli Pengakap menghormati agama, adat dan budaya.
Mengetahui nama penuh
D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong,
D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong
D.Y.M.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya,
Perdana Menteri Malaysia
Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan.
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
3 - Ahli PKK dapat mengingati dan melafazkan Persetiaan Pengakap dan mengenali pemimpin Negara dan kumpulan,
Objektif Pembelajaran :
Ahli Pengakap menyatuni protokol dalam organisasi.
Ahli Pengakap dapat menyemai nilai patriotik dalam jiwa.
Ahli Pengakap menghormati agama, adat dan budaya.
Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya.
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
4 - Ahli PKK dapat menyatakan rukun ibadat, kaedah kebersihan, ciri-ciri keselamatan dan peralatan dalam kotak pertolongan cemas.
Objektif Pembelajaran :
Ahli Pengakap menyatuni protokol dalam organisasi.
Ahli Pengakap dapat menyemai nilai patriotik dalam jiwa.
Ahli Pengakap menghormati agama, adat dan budaya.
Mengetahui rukun ibadat agama masing-masing.
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
3 - Ahli PKK dapat mengingati dan melafazkan Persetiaan Pengakap dan mengenali pemimpin Negara dan kumpulan,
Objektif Pembelajaran :
Ahli Pengakap dapat menyemai nilai patriotik dalam jiwa.
Ahli Pengakap menghormati agama, adat dan budaya.
Ahli Pengakap mengamalkan nilai kepimpinan dan disiplin.
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
4 - Ahli PKK dapat menyatakan rukun ibadat, kaedah kebersihan, ciri-ciri keselamatan dan peralatan dalam kotak pertolongan cemas
5 - Ahli PKK dapat menghuraikan dan mengamalkan pertolongan cemas, Lencana Kegemaran dan modul mengikut keperluan Skim Lencana Kemajuan Keris Perak.
Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
2.Mengetahui faedah senaman.
3. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.
4.Mengetahui bahaya aliran letrik dan gas dan cara mengelakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain.
5.Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas.
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
5 - Ahli PKK dapat menghuraikan dan mengamalkan pertolongan cemas, Lencana Kegemaran dan modul mengikut keperluan Skim Lencana Kemajuan Keris Perak.
Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan :
Buka Barisan
Tutup Barisan
Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta kegunaannya.
Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera.
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
5 - Ahli PKK dapat menghuraikan dan mengamalkan pertolongan cemas, Lencana Kegemaran dan modul mengikut keperluan Skim Lencana Kemajuan Keris Perak.
(Dapatkan dua (2) sahaja daripada kategori ini) tunjuk gambar ahli PKK bersama hasil daripada senarai berikut dan tampal dalam Buku log
1. Ahli Olahraga
2. Ahli Pasukan Permainan
3. Ahli Sains
4. Pencinta Alam Semulajadi
5. Pembaca Peta
6. Pemeliharaan Alam Sekitar
7. Pengembara
Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya.
Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanan serta cara menyimpan makanan.
Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar.
Mengetahui asas penggunaan komputer.
Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang siling / kad telefon ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon.
Standard Prestasi :
Tahap Penguasaan / Tafsiran
5 - Ahli PKK dapat menghuraikan dan mengamalkan pertolongan cemas, Lencana Kegemaran dan modul mengikut keperluan Skim Lencana Kemajuan Keris Perak.
(Dapatkan dua (2) sahaja daripada kategori ini) tunjuk gambar ahli PKK bersama hasil daripada senarai berikut dan tampal dalam Buku log
1. Pekerja Am
2. Pengurus Rumah
3. Penyelamat Nyawa
4. Ahli Pertolongan Cemas
Mengetahui dan memahami isyarat wisel.
Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan.
Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan mengguna peralatan.
(Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja)