PENGENALAN LOKASI HOMESTAY BANI CHIK
Kampung Banggol Tok Jiring merupakan kampung yang asalnya kawasan Pondok Madrasah yang diasaskan oleh al Allamah Tuan Guru Haji Abas. Kini Pondok Madrasah tersebut telah di ambil alih oleh kerajaan pusat dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Kini ianya telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abas.
Al Allamah Tuan Guru Haji Abas merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan. Murid-muridnya terdiri daripan Dato' Ibrahim Fikri, Dato' Wan Mokhtar mantan Menteri Besar Terengganu. Al Allamah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Al Allamah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Harun Taib juga merupakan anak murid beliau.
Sebelum ini Kuala Nerus dikenali sebagai Kuala Terengganu Utara. Kini telah digelar dengan Kuala Nerus Bandar al Wathiqu Billah.
Bani Chik Homestay atau dikenali juga dengan Penginapan Bani Chik merupakan Homestay yang beroperasi di Tanah Lot 8670 berkeluasan 0.3845 hektar di Kampung Banggol Tok Jiring, 21060 Kuala Nerus kepunyaan Allahyarham Haji Chik bin Ismail. Bersebelahan dengan Surau Pondok Madrasah Tuan Guru Haji Abas dan PPD Kuala Nerus. Namun selepas pemergian Ayahanda, lot tanah tersebut telah dikongsi bersama dengan anaknya yang seramai 12 orang. Perkongsian aset ini telah menerbitkan ilham untuk membina Homestay untuk kegunaan Bani Chik dan menyewa harian kepada mereka yang berminat.
Bani Chik Homestay mula beroperasi pada Ogos 2020 dengan Homestay rumah semi-D yang lengkap prasarananya. Homestay ini dikenali dengan Homestay Sabeela BC. Pada penghujung tahun 2021 sebuah lagi Homestay mula beroperasi iaitu Homestay D' Loteng BC. Uniknya Homestay ini ialah terletak di atas rumah pemiliknya dengan tema senibina klasik moden kontemporari. Insha Allah pada masa terdekat ini akan dibina beberapa unit lagi Homestay berserta kemudahan seperti kolam dan cafe.
Meraka yang ingin menghantar, melawat atau KONVO anak di institusi pendidikan berhampiran (UMT, UNISZA, IPG DLLN), urusan kerja, berkursus, hadiri kenduri kahwin, Day Trip Redang, River Cruise, menunggang kuda atau ATV di Pantai Telaga Batin, menikmati ICT, berkelah di tepi Pantai atau window shopping di Butik Pakaian Dataran Austin (Dataran Tembusu) bercuti? dan masih mencari-cari tempat menginap? Boleh menginap di Homestay Bani Chik, bersih, selesa dan mesra.