Balai Seni Negara ini menyediakan kemudahan Lobi utama yang terletak di bahagian tingkat 1 bangunan galeri. Lobi Utama ini digunakan bagi upacara perasmian dan acara-acara lain.
Auditorium ini mempunyai 144 kerusi dan tempat yang sesuai untuk tayangan filem, bual-bicara dan juga seminar. Auditorium ini juga boleh disewa oleh organisasi dan juga syarikat swasta.
Balai Seni Negara ini menyediakan pelbagai ruang pameran yang menarik dan pelbagai untuk semua peringkat umur.