FACEBOOK PAGE KAMI >>>
Puan Rahayu Irdawati binti Abdul Rahman
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah Tuhan Sekalian Alam. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata di dalam Laman Sesawang Program Perakaunan. Ucapan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa yang berjaya menyediakan laman sesawang ini.
Kesan penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan kemelesetan ekonomi dunia, krisis kesihatan global, keterbatasan akses kepada pendidikan bersemuka dan pelbagai masalah lain. Dunia pendidikan diuji dengan perubahan drastik di dalam Pdp, termasuklah Technical Vocational Aeducation and Training (TVET) hingga menyebabkan pendidikan kini memerlukan kebergantungan sepenuhnya kepada teknologi komputer dan internet. Justeru, kolej vokasional perlu bersama-sama memainkan peranan di dalam menyokong sebarang usaha untuk meningkatkan kemahiran, intelektual dan nilai keusahawanan para pelajar.
Akhirnya, semoga semua warga Kolej Vokasional Kluang khususnya kakitangan dan pelajar Program Perakaunan dapat berusaha untuk menambah nilai dalam menjana modal insan agar terus cemerlang dan berkemahiran tinggi. Insyaa Allah. Selamat Maju Jaya
Puan Rahayu Irdawati binti Abdul Rahman
Ketua Jabatan Perniagaan