1.1.7 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
LAGU MASALAH ASAS EKONOMI
1.2.1 Menghuraikan masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan
MASALAH ASAS EKONOMI:
1) APA YANG HENDAK DIKELUARKAN-
Penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran
2) BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN-
Penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran
3) BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN-
Penentuan kuantiti barang-cara yang paling cekap sama ada intensif buruh atau intensif modal-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos
4) UNTUK SIAPA DIKELUARKAN-
Penentuan corak agihan barang -mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna
Bab 1 : Huraikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh individu, kerajaan dan firma.
A. INDIVIDU.
Pertama : kekurangan - individu mengalami masalah kekurangan pendapatan ataupun wang untuk membeli semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki. contohnya barang a dan barang b.
kedua : pilihan - maka individu tersebut akan membuat pilihan sama ada untuk membeli barang a atau barang b. pilihan tersebut berdasarkan memaksima kepuasan dengan memilih barang mengikut keutamaan atau kemampuan kerana pendapatan tidak mencukupi. maka individu tersebut akan memilih barang a.
Ketiga : kos lepas - timbul masalah ekonomi yang ketiga iaitu kos lepas. kos lepas individu ialah jumlah pilihan barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.
B. KERAJAAN.
Pertama : kekurangan - kerajaan kekurangan hasil atau pendapatan untuk melaksanakan semua projek pembagunan. contohnya ialah hospital dan sekolah.
Kedua : pilihan - oleh itu,kerajaan perlu membuat pilihan samada untuk memilih projok pembinaan hospital atau sekolah dengan mengikut keutamaan,kemampuan supaya kebajikan masyarakat dapat dimaksimakan.
Ketiga : kos lepas - maka jika kerajaan memilih projek pembangunan hospital,maka kos lepasnya ialah sekolah. kos lepas kerajaan ialah projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana terpaksa memilih projek yang terbaik.
C. FIRMA.
Pertama : kekurangan -firma mengalami kekurangan sumber pengeluaran atau faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. contoh antara buruh dengan mesin.
Kedua : pilihan - maka timbul masalah kedua iaitu pilihan. firma wajib memilih faktor yg akan diguna berdasarkan kecekapan, kesesuaian, dan kos pengeluaran yang paling minima.
Ketiga : kos lepas - jika faktor mesin yang dipilih,maka kos lepasnya ialah buruh. kos lepas bagi firma ialah pilihan faktor pengeluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih faktor pengeluaran terbaik.