AF AZZAHRA ENTERPRISE (IP0520049-T) Mula ditubuhkan pada 22 Mac 2019 dan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat kami adalah bertaraf Bumiputera dan dimiliki secara tunggal.Syarikat ini sentiasa beriltizam untuk maju ke tahap yang lebih baik. Walaupun cabaran yang harus dihadapi di dalam bidang perniagaan bukanlah mudah, namun kami di AF AZZAHRA ENTERPRISE amat berkomited untuk membuat anjakan paradigma di dalam bidang ini.Selain menjalankan fardu kifayah bagi umat Islam di dalam menjalankan perniagaan, syarikat ini juga sentiasa mengadaptasi ilmu-ilmu perniagaan yang kompetitif dan memberi signifikan kepada perniagaan. Meskipun terdapat pelbagai syarikat yang turut terlibat di dalam bidang ini tetapi apa yang membezakan kami di AF AZZAHRA ENTERPRISE adalah akan sentiasa memberi kualiti yang terbaik kepada para pelanggan disamping mengutamakan kejujuran sebagai nilai etika yang utama.