Azalia Glorywujud pada pertengahan tahun 2020 . Diasaskan oleh saya sendiri , Azalia dan kawan baik saya Sya . Disebabkan minat saya yang begitu mendalam pada fesyen. Tetapi sebagai seorang muslimah yang wajib menutup aurat sedikit sebanyak membataskan gaya berfesyen pada saya. Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu dan tampil lebih menarik dalam berfesyen kami mengeluarkan Azalia GloryCrown Basic Shawl. Ini adalah kerana Shawl merupakan salah satu tudung yang dapat digayakan dengan pelbagai gaya mengikut kemahiran tersendiri. Selain menutup aurat, ia juga kelihatan lebih ' trendy ' jika dibandingkan dengan tudung - tudung lain. Azalia GloryCrown Basic Shawl juga merupakan harga mampu milik untuk semua golongan, walaupun diketegorikan dengan harga mampu milik namun kualitinya setaraf dengan jenama jenama terkenal. Kami mengunakan material chiffon berkualiti tinggi supaya dapat memberikan ' elegent look' pada si pemakai, sesuai dengan tagline kami ' Eksklusif mampu milik ' serta ' Tudung untuk Semua '.