Hari ini belajar tentang cinta. HihiBanyak memori kes syariah hadir dalam diri.Antaranya,Bila klien datang ke pejabat untuk permohonan cerai,Antara alasan hilang cinta.Tiada perasaan.Tiada “chemistary” lagiSi dia telah beralih arahSi dia berpoligami tanpa maklumkan pada sayaSudah 3 bulan tidak pulang ke rumah.
Jadi apa isunya?Apa cinta yang benar?Hari ini tadabbur asmaul Husna Al wadu mencerahkan.
Cinta dikaitkan dengan hubb: sayang. Sayang ini adalah di dalam hati.Al wudd: Adalah cinta yang dibuktikan.Contoh mudah,Jika hubungan suami isteri saling mencintai itu adalah hubJika suami menafkahi isteri , seterusnya isteri mentaati suami itu adalah dari Al Wud.Kemudian jika pasangan saling menerima kekurangan itu adalah rahmah.
MashaAllah.Surah 30: 21
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ 21. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Jadi Sumber cinta dari siapa?Dari rabb sekalian alam.Jadi apa perlu dilakukan?
Maka, beriman ,beramal soleh ,supaya makhluk di bumi mencintai mu dengan benar.
19/96إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَيَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وُدّٗا 96. . Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
MashaAllah,Solusi dari rabb melalui kalamnya
#qmap3t#refleksi kes-kes-kes syariah#refleksi