SOALAN LAZIM
1) Adakah langganan baru Astro mempunyai kontrak ?
Jawapan : Ya, setiap langganan baru akan mempunyai kontrak 2 tahun
2) Boleh saya menukar pakej bila-bila masa yang saya mahu ?
Jawapan : Bagi setiap pakej Astro, para pelanggan perlu kekalkan langganan selama 6 bulan selepas tarikh pengaktifan. Selepas daripada 6 bulan pelanggan bebas untuk menukar pakej langganan mereka kepada pakej lain.
3) Jika alatan Astro saya rosak bagaimana saya harus melaporkan kerosakan tersebut ?
Jawapan : Sebarang kerosakan peralatan Astro hendaklah dilaporkan di talian khidmat pelanggan di nombor 03-95433838 atau boleh buat laporan secara terus di website Astro https://www.astro.com.my/contactus/form.aspx
4) Mengapa bil bulanan saya kerap meningkat daripada pakej langganan asal saya ?
Jawapan : Bagi setiap langganan Astro, para pelanggan disarankan agar tidak kelewatan dalam membayar bil bulanan kerana setiap kelewatan pembayaran akan dikenakan cas RM21.20 (harga termasuk cukai 6% sst) pada bulan berikutnya.
5) Jika saya ingin berpindah rumah apakah proses yang perlu saya lakukan ?
Jawapan : Bagi setiap pemindahan Astro, para pelanggan dinasihatkan untuk membuat report pemindahan seminggu awal sebelum tarikh pemindahan agar pihak Astro dapat menghantar installer Astro untuk memindahkan peralatan tersebut.