Asif Mumtaz Legacy merupakan sebuah syarikat yang berfokus kepada motivasi, latihan, dan reka cipta grafik. Syarikat ini ditubuhkan dengan misi menyantuni remaja Islam di seluruh Malaysia. Dengan pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang motivasi, kaunseling, serta penganjuran pelbagai program untuk remaja, kami berusaha memberikan motivasi dan latihan kepada mereka yang berhasrat untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Sebagai sebuah entiti yang berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami amat berharap agar pihak-pihak yang berkemampuan dan berpengalaman dapat bersama-sama menyokong misi mulia ini. Matlamat kami adalah untuk membantu remaja membentuk masa depan yang lebih cerah, berintegriti, dan berpandukan nilai-nilai Islam.
Asif Mumtaz Legacy Menyediakan Khidmat sokongan motivasi, Khidmat Latihan Khidmat Upah Design dan Khidmat Editing Video