OBJEKTIF PROGRAM
Mini 4WD Challenge adalah pertandingan perlumbaan kereta mini yang dipacu oleh motor elektrik dan menggunakan roda empat (4WD) dengan saiz yang kecil. Kereta-kereta ini biasanya berukuran sekitar 1:32 dari saiz kereta sebenar dan bergerak di atas trek khas yang telah dibina dengan pelbagai jenis halangan dan selekoh.
Mini 4WD Challenge adalah sukan yang menggabungkan aspek teknikal, kreativiti, dan strategi. Ia memberikan peluang kepada peserta untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam mengubahsuai dan menala kereta mini, serta keupayaan untuk berfikir secara taktikal semasa perlumbaan. Sama ada sebagai hobi atau sukan kompetitif, Mini 4WD Challenge menawarkan keseronokan dan cabaran yang unik kepada peminatnya.
MAKLUMAT PROGRAM
Detail event
Organizer : Geng Tamiya Kedah
No tel Organiser : 0174715565
Masa pertandingan : 10 pgi sehingga habis
Yuran Pendaftaran : rm20
Cara pembayaran : Cash/online transfer/ QR pay
Syarat2
1. Pro Stock
MOTOR
+ Tuned Series only
- Rev, Atomic, Tourque
+ LightDASH (bergantung penganjur)
RULES
+ Hanya 3 FRP. (kiri kanan side dikira 1x FRP)
+ Hanya Roller plastik dan tiada limit.
+ Segala bearing dilarang.
+ Chassis, cowl, wheel tidak boleh diubahsuai.
+ Polycowl dibenarkan jika mengikut rupa bentuk asal kit.
+ Tiada larangan untuk mengecat cowl
2. Semi tech (open)
MOTOR
+ Tuned Series & Dash Series
+ UltraDASH (bergantung penganjur)
+ Chasis, Cowl, Wheel, FRP, Roller, dibenarkan ubahsuai mengikut standard tamiya.
_______________________
* PENUTUP MOTOR ENJIN TIDAK BOLEH DIBUKA SAMA SEKALI UNTUK SEMUA KATEGORI
* SEMUA JENTERA WAJIB MELEPASI CHECKER BOX
*Tertakluk pada peruban
BERMINAT DENGAN PROGRAM INI?