ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan sebuah program pengiktirafan oleh Kerajaan di atas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang-bidang yang menyumbang ke arahproses kematangan meraka.
Anugerah ini diadaptasi daripada Program The Duke of Edinburgh’s Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Award for Young People yang mula diperkenalkan di United Kindom pada tahun 1956.Program Anugerah Antarabangsa ini kini diiktiraf d 126 buah negara di seluruh dunia .
Program Anugerah ini fleksibel , bukan bersifat pertandingan , memberi peluang di samping menekankan kepada pencapaian serta kemampuan individu .
PENYERTAAN
APR terbuka kepada semua remaja yang berumur di antara 14-25 tahun tanpa mengira perbezaan jantina , agama , budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental.
OBJEKTIF ARPRM
Menyediakan platform pembangunan potensi belia ke arah pembentukan karakter serta penyerlahan bakat;
Mewujudkan sinergi di antara peserta dan Badan Operasi yang berupaya memberi khidmat kepada masyarakat;
Menjadi pemangkin kepada belia dalam meluaskan rangkaian dan kenalan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa;
Melahirkan belia dengan jati diri yang unggul selaras dengan pendekatan Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
PENILAIAN ARPRM
Matlamat Komponen Fizikal : Untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif
Matlamat Komponen Kemahiran : Untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya
Matlamat Komponen Komuniti : Untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
Matlamat Penjelajahan Lasak : Untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru
MEREKA SUDAH TERIMA ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA & MENJADI IKON TERBAIK
BADAN OPERASI TAHAP EMAS
BAGAIMANA NAK SERTAI?