Sedikit coretan daripada muallim kepada semua bekas pelajar dan juga parent.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dalam merencanakan segala-segalanya. Saya Muallim Akmal mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang tempoh saya mendidik terdapat kekurangan serta kekhilafan yang saya lakukan secara sedar atau tidak sedar.
Muallim amat bersyukur dipertemukan dengan kamu semua. Terima kasih juga atas kepercayaan yang diberikan kepada muallim, banyak yang muallim belajar sepanjang perjalanan sebagai seorang pendidik ini. Segala kesusahan, keperitan, kepenatan yang dirasai oleh parent dalam menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dan usaha pelajar dalam mencapai impian mereka amatlah muallim hargai.
Teruskanlah menggapai cita-cita kamu, dan Muallim doakan kamu semua berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.
Sekian, terima kasih.
Daripada :
Muallim Akmal