(counter break time at 1:00pm-2:00pm)
Pusat Sumber Pembelajaran sebagai salah satu pelengkap pusat pengajian TVETMARA di Lenggong, Perak yang beroperasi sepenuhnya dengan kemasukan pihak pengurusan serta tenaga pengajar pada 3 November 2014.
Matlamat Perpustakaan KKTM Lenggong atau dikenali sebagai HYBRID LEARNING CENTRE (HLC) adalah untuk mengoptimumkan perkhidmatan pusat sumber melalui kepelbagaian sumber ilmu termasuk pengurusan sumber maklumat. Hal ini selari dengan perkembangan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan yang berkualiti serta menyediakan persekitaran yang kondusif dan mesra pengguna bagi seluruh warga KKTM Lenggong.