Ketua Unit Peperiksaan: Mohd Noralimi bin Mohd Ali
Pegawai Peperiksaan Data & Pensijilan : Shahriman bin Che Rodi
Pegawai Peperiksaan Penilaian : Hasnida binti Saari
Pembantu Tadbir & Operasi : Hairul Anuar bin Alwi
No Telefon : 06-662 2111 / 2013 /2037
No Fax :06-6622026
email: Unitpeperiksaan@polipd.edu.my
Unit Peperiksaan, Politeknik Port Dickson bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua orang Pegawai Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik. Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah:
Penyediaan Kertas Peperiksaan
Penggubalan Soalan
Penyemakan oleh Panel Semakan Deraf Soalan
Penyemakan/Pembetulan/Komen oleh Panel Komen Deraf Soalan
Penilaian dan Pemilihan oleh Jawatankuasa Panel Penilai Item Bank Soalan.
Pelaksanaan Peperiksaan Akhir
Dilaksanakan dalam tempoh dua minggu pada setiap hujung semester.
Pemprosesan Keputusan Penilaian
Keputusan Penilaian akan diproses dalam tempoh dua minggu selepas semester pengajian berakhir dan akan dipamerkan di laman web Politeknik
Pengurusan Pensijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Pengeluaran Sijil/Diploma kepada pelajar setelah menamatkan pengajian dan mendapat pengesahan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT
Pengeluaran Sijil Pingat Ketua Jabatan bagi pelajar yang mencapai Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 3.50 dan ke atas pada semester akhir
Pengeluaran Sijil Senarai Ketua Jabatan bagi pelajar yang mencapai Purata Nilaian Mata (PNM) 3.50 dan ke atas pada semester semasa
Pengeluaran Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-kurikulum
Pengeluaran Sijil Anugerah Pengarah Politeknik
Penguatkuasaan Peraturan Penilaian
Penguatkuasaan Peraturan Penilaian adalah tertakluk kepada “Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian” melibatkan perkara seperti melanggar arahan am peperiksaan, meniru, cubaan meniru dan memberi tiru, tidak layak dinilai kerana kehadiran kuliah kurang daripada 80% dan ketidakhadiran peperiksaan akhir
Pentadbiran
Pengeluaran transkrip pada pelajar yang telah menamatkan pengajian
Menguruskan gantian slip dan gantian sijil diploma yang hilang