ANGKATAN PELUKIS KEDAH
Nama Penuh : DR HJH A’AISHAH ABDUL LATIF
Tahun kelahiran : 1954
Facebook : Aaishah Latif
Instagram : Frangipani Arts
HP : 012-401 0199
Email : frangipani@gmail.com
A'aishah Latif gemar melukis sejak berusia 14 tahun. Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kesenian Indonesia (ASRI Jogjakarta, Indonesia) selama empat tahun dalam bidang seni, dan memperoleh B.A. (Seni). Semasa di Indonesia, beliau mengadakan beberapa pameran dan beliau menamatkan pengajian pada 1980. A’aishah Latif kembali ke Malaysia untuk mengejar impian sebagai artis dengan menyertai kumpulan Anak Alam pada 1981 dan Angkatan Pelukis Kedah (APK). Beliau aktif dalam mencipta karya seni dan berpameran bersama APK sejak itu. Kini, beliau memegang jawatan Presiden APK.
A'aishah cenderung melukis abstrak dengan cat minyak dan akrilik. Balai Seni Lukis Negara dan Dato Seri Sanusi Joned adalah antara pengumpulnya. Tahun ini beliau berumur 68 tahun tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan.
“Nature is a reflection; her idea is to create “
Nama Penuh : MOHAMAD ZAIDI ISMAIL
Tahun Kelahiran : 1971
Facebook : LuqZaidismail
Instagram : luqzaidismail
HP : 017-489 8689
Email : luqzaidismail@gmail.com
LuqZaidismail, seorang pelukis ’self-taught’ dengan kemahiran yang dibina dari percubaan dan pengalaman bertahun-tahun. Berumur 51 dan dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman. Walaupun bakat seninya ditemui semasa sekolah rendah, LuqZaidismail mula melibatkan diri secara serius dalam bidang seni pada tahun 2004. Pada tahun 2018, sempena istiadat pertabalan Sultan Kedah ke-29, LuqZaidismail telah diberi penghormatan sekali seumur hidup; untuk mengindahkan dinding dan tiang Anjung Melur, Istana Anak Bukit, istana dan kediaman rasmi diraja, dengan rangkaian mural. Sebagai seorang artis realistik, LuqZaidismail gemar menggambarkan budaya dan warisan tradisional. Dia mengulangi bahawa kehidupan adalah gabungan kehidupan dan budaya, dan beliau mengabadikan kisah budaya rakyat dalam semua karya seni visual yang dihasilkannya.
Luq Zaidismail aktif menyertai pelbagai pameran dalam dan luar negara. Lukisannya menjadi koleksi pelbagai orang kenamaan dan kolektor.
Nama Penuh : MOHD YUSOFF BIN SAHAB
Tahun Kelahiran : 1963
Facebook : https://www.facebook.com/mysahab
Instagram : yusoffsahab3
Tweeter : @yusoffsahab
H/P : 0134213472
Email: sahabmy@gmail.com
Lahir di Pulau Pinang dan menetap di Kedah. Berusia 59 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (USM). Masih berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Pendidikan Seni merupakan subjek elektif semasa di maktab perguruan. Kerja sebagai pendidik bermula sebagai guru biasa pada tahun 1987. Beliau pernah menjadi Jurulatih Utama Pendidikan Seni Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sekitar tahun 1990-an dan pernah mengajar pendidikan seni sekolah rendah. Tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang seni visual. Melukis hanya sebagai hobi sejak di bangku sekolah dan serius sebagai pelukis sejak menjadi ahli Angkatan Pelukis Kedah (APK) pada 2016.
Pernah menjadi bendahari APK dan kini Naib Yang Di Pertua 1 APK. Telah menyertai beberapa aktiviti pameran dan lukisan anjuran APK serta pihak lain di peringkat negeri kebangsaan dan antara bangsa.
Nama : INTAN SHUHADA AZMI
Tahun kelahiran : 1985
Facebook : Intan Azmi
Instagram : int.azmi
HP : 012-539 8468
Email : munkhebat@gmail.com
Intan Shuhada Binti Azmi (Intan Azmi) adalah seorang pelukis yang belajar dari pengalaman sendiri (self-taught artist). Dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Bercita-cita menjadi seorang pelukis sejak di bangku sekolah, Intan Azmi yang memegang kelulusan UiTM dalam Senibina Landskap memulakan kariernya sebagai Arkitek Landskap tetap mencari peluang demi minatnya yang mendalam terhadap seni visual/ seni halus. Menyertai Angkatan Pelukis Kedah telah membuka peluang kepada Intan Azmi untuk berkongsi karyanya kepada awam dan penglibatan awalnya secara rasmi adalah di Pameran Bicara Lebuhraya yang bertempat di Muzium Negeri Kedah pada tahun 2016. Muncul sebagai pelukis aliran realisme dan abstrak, Intan Azmi mencari peluang untuk bersinar sebagai pelukis berjaya dengan hasil karya yang diharapkan bukan sahaja menjadi pilihan kolektor-kolektor tempatan dan luar negara, malah mampu dikenali walaupun tanpa dilihat tandatangan di hujung kanvasnya. Antara pameran-pameran seni yang pernah disertai :-
2022 PASAR SENI Xtra 2022
2021 PAMERAN TERBUKA GALERI SHAH ALAM
2021 PASAR SENI PASCA PANDEMIK, Kompleks Star Parade, Alor Setar, Kedah.
2020 ASEDAS 2020: 1ST Virtual Digital Art Exhibition, Virtual Gallery on ASEDAS
2019 EKSPRESI KEDAH, APK Annual Exhibition, Balai Seni Negeri, Alor Setar, Kedah
2016 BICARA LEBUHRAYA EXHIBITION, Muzium Negeri, Alor Setar, Kedah
PAMERAN APK , Aman Central, Alor Setar
Nama Penuh : SAADIN ABDULLAH
Tahun Kelahiran : 1956
Facebook : Zaidin Abadi
Instagram : -
HP : 019-444 0953
Email : zaidinabadi5523@gmail.com
Lebih disukai dikenali sebagai ZAIDIN ABADI, dilahirkan di Kedah. Tidak pernah mendapat pendidikan seni formal, disalurkan ke kelas sains di sekolah menengah dan seterusnya ke kursus pengurusan hartanah dan pengurusan perniagaan kejuruteraan semasa zaman universiti.
Pada tahun 2016, selepas menyertai Angkatan Pelukis Kedah, beliau mempelajari subjek seni dengan cukup bersemangat dengan dorongan rakan-rakan artis APK. Sebelum itu, Zaidin hanyalah peminat seni.
Zaidin merupakan seorang penulis tidak kurang daripada 12 buah buku dalam genre puisi, cerpen dan novel. Beliau kini mewujudkan gabungan puisi dan warna melalui ekspresi dalam karya seni abstrak.
Aktif terlibat dalam Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) sejak 1989 dan dilantik sebagai Pengerusinya dari 2015 – 2018. Pada 2019 pernah dipilih sebagai Naib Yang DiPertua 2, APK dan pernah memegang jawatan Naib Yang DiPertua 1 Majlis Kebudayaan Negeri Kedah
Nama penuh : HJ MOHD FAIRUS ABD MAJID
Tahun kelahiran : 1975
Facebook : Mohd Fairus Abd Majid
Instagram : coach_fairus
HP : 012-4566 433
Email : fairus@uum.edu.my
AM.Fairus dilahirkan di Kedah dan meminati bidang seni lukis sejak kecil. Mempunyai ijazah dalam Seni Halus dari Fakulti Seni dan Seni Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak. Beliau mengilhamkan mimpi indah dalam karyanya untuk memanusiakan dan mendekatkan dirinya kepada Tuhan.
Memilih media akrilik dan pelbagai bancuhan untuk menyerlahkan warna, emosi dan tekstur. Meminati flora dan fauna serta objek tradisional dalam karya. AM.Fairus merupakan Anggota Angkatan Pelukis Kedah (APK) serta aktif mempamerkan lukisan di Malaysia dan luar negara.
Nama Penuh : AHMAD AADNIN BIN ABDUL RAZAK
Tahun kelahiran : 1995
Facebook : Ahmad Aadnin
Instagram : ahmad.aadnin
HP : 012-401 0199
Email : aadnin49@gmail.com
Aaddin dilahirkan di Selangor pada tahun 1995 dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. Beliau mula berkecimpung dalam bidang seni pada usia 17 tahun dengan teknik lukisan pensel warna, cat air dan cat akrilik atas kanvas. Aadnin merupakan graduan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Diploma Rekaan Komunikasi Visual tahun 2017. Mula menyertai Angkatan Pelukis Kedah (APK) pada tahun 2018 dan kini berkhidmat sebagai Pereka Visual dan Percetakkan.
Nama Penuh : MOHAMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM
Facebook : si daus
Instagram : firdawusibrahim
Telefon :01129869906
Email : orangfirdaus@gmail.com
Firdaus dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan berumur 36 tahun.
Meminati seni sejak kecil dan melibatkan diri dalam bidang seni bermula dari sekolah rendah. Memasuki sekolah menengah, Firdaus terlibat dengan pertandingan khat peringkat sekolah, daerah dan jemputan UUM.
Selepas STPM, beliau mendapat tawaran belajar di UMS, dalam bidang Teknologi Seni Visual dengan kepujian dan memilih seni halus terutamanya seni abstrak dan kaligrafi di atas kanvas. Selepas graduasi, beliau mula melukis dan cuba membuat jualan sehingga kini.
Nama Penuh : ASLINDA AHMAD
Tahun Kelahiran : 1974
Facebook : Aslinda Ahmad
Instagram : lindaong.arts
HP : 017-483 0667
Email : capriscorpio74@gmail.com
ASLINDA lebih dikenali dalam kalangan penggiat seni sebagai Lindaong yang berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Kedah. Beliau mempunyai minat melukis sejak kecil dan dari zaman sekolah lagi . Beliau juga banyak menghabiskan masa lapangnya dengan melukis. Merupakan seorang usahawan tadika dan guru kelas seni, karya beliau lebih tertumpu kepada lukisan abstrak menggunakan medium akrilik dan suka mencuba pelbagai medium dalam lukisan. 'Cubalah sebanyak mungkin gaya melukis' adalah kata-kata semangat buatnya dalam menerokai pelbagai teknik dan medium dalam lukisan. Lindaong telah menyertai pelbagai pameran sepanjang beliau berkecimpung dlam bidang seni lukis.
Nama Penuh : ROZIANA BT BAHARUDIN
Tahun Kelahiran : 1984
Facebook : Roziana Anna
Instagram : annaa_artlover
HP : 019-425 9681
Email : rozianabaharudin@gmail.com
Dilahirkan di Bukit Mertajam Pulau Pinang, Roziana Anna kini menetap Di Perlis. Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Teknologi Mekatronik di Institut Teknikal Jepun Malaysia(JMTI).
Beliau mula melibatkan diri dalam dunia seni pada tahun 2016 dalam lukisan potret. Pada 2021, Roziana Anna mula memberanikan diri mempelajari dan mendalami seni menggunakan medium pensel warna, cat air, akrilik, soft pastel selain pensel dan arang. Beliau juga mula melibatkan diri dalam pameran anjuran Persatuan Pelukis Perlis, pameran bersama Angkatan Pelukis Kedah, Pertandingan dan Pameran Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 2022 dan pelbagai pameran lain di Malaysia.
Nama Penuh : SALMIAH BINTI SHAARI
Tahun Kelahiran : 1963
Facebook : Salmiah Shaari
Instagram : salmiahbintishaari
HP : 013-428 2132
Email : salmiah.shaari@yahoo.com.my
Salmiah @ Salsha merupakan seorang pesara, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah.
Mempunyai minat dalam bidang seni sejak kecil tetapi hanya mula membina kemahiran selepas bersara. Keghairahannya terhadap lukisan berkembang sepenuhnya selepas bertemu dengan pelukis/artis yang sudah mapan.
Salsha melukis untuk menggambarkan mesej kepada masyarakat dengan mencipta karya melalui warna, tekstur dan simbol. Masih dalam peringkat pembelajaran tetapi
melihat ke hadapan untuk lebih banyak peluang, pengalaman dan pendedahan.
Nama Penuh : WAN HASANI BIN WAN ISHAK
Tahun Kelahiran : 1946
Facebook : Wan Hasani
Instagram : wanhasani
HP : 019- 558 4606
Email : capriscorpio74@gmail.com
Pendidikan Seni: Akademi Seni Melaka Photography(Seni visual)
Profil: Angkatan Pelukis Kedah (1982-2008/2011 -2022.)
Kelab Kamera Kedah (1985- 2022.)
Penghargaan: Pingat PJK 2007
Tempat ketiga dalam pertandingan photography pelancongan MALAYSIA 2004
Hadiah saguhati Merdeka Art Photography 2022 anjuran Kedah Kamera Kelab Dengan B.S. LUKIS Kedah.
Lukisan Sapencendera menjadi koleksi Dato Nasriah mantan pengetua Sekolah Men Sultanah Asma
Lukisan Istana A.Bukit menjadi koleksi DYMM Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin I ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Lukisan Pekan Melayu menjadi koleksi Dato MD Rawi Abd Hamid mantas Exco Pelancongan N.Kedah DA.
PAMERAN DISERTAI.
1987 Pameran APK wanna wanna
2013 Pameran MCAT bersama pelukis Kedah
2015 Pameran MCAT bersama pelukis perlis
2019 Pameran Terbuka Explorasi APK
Pameran 40tahun APK Di BSL NEGARA
Pameran APK Di Aman Central
Nama : MURNI MALIKI
Tahun Kelahiran : 1985
Facebook : Murni Maliki
Instagram : murnimaliki
HP : 017- 474 0694
Email : murniartandcraft@gmail.com
Murni Maliki dari Alor Setar, Kedah mempunyai minat dalam seni lukis sejak kecil lagi. Merupakan graduan Senibina Landskap UPM, Murni Maliki memulakan karier sebagai Arkitek Landskap dan kemudiannya ke bidang penyediaan makanan. Menyertai Angkatan Pelukis Kedah pada 2022, beliau berharap dapat mengembangkan bakat dan menimba lebih banyak ilmu dalam bidang seni lukis.
Nama Penuh : SHUKUR RAHMAN
Tahun Kelahiran : 1973
Facebook : Shukur Rahman
Instagram : shukur_rahman
HP : 012-590 4585
Email : shukurrahman73@gmail.com
Shukur Rahman merupakan seorang guru agama yang masih berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di Sungai Petani Kedah. Beliau mempunyai minat melukis sejak sekolah lagi. Walaupun tidak pernah belajar seni secara formal, beliau belajar secara tidak formal dengan beberapa orang artis semasa di Institut Perguruan dan meneruskan minatnya semasa mengajar Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya, Sabah. Pernah mengikuti beberapa kursus Pendidikan Seni semasa bertugas sebagai guru, Shukur Rahman cenderung dengan lukisan landskap, potret menggunakan cat minyak dan akrilik. Insya Allah akan terus berusaha, belajar dan menimba pengalaman sebanyak mungkin.
Nama : OSMAN SAAIDIN
Tahun Kelahiran : 1949
Facebook : Osman Saaidin
Instagram : osmansaaidin
HP : 016-482 8846
Email :
Osman Saaidin atau lebih dikenali sebagai OSDIN menceburi bidang seni lukis berlandaskan bakat dan minat. Merupakan ahli Angkatan Pelukis Kedah (APK). Beliau aktif melukis potret dan karikatur di samping menggunakan cat air sebagai medium utama. Osman Saaidin telah menyertai pelbagai pameran dalam dan luar negara sepanjang keterlibatannya dalam bidang seni lukis.
Nama Penuh : Husnul Huda Bt Abdul Halim
Tahun Kelahiran : 1983
Facebook :Elisha Huda
Instagram :Elisha Huda
HP : 019 - 424 5710
Email : huda@kedahlib.gov.my
: mommaelisha83@gmail.com
Elisha Huda, dilahirkan di Baling, Kedah. Beliau bertugas di Perpustakaan Awam Kedah.Beliau merupakan cikgu seni dan kraf pada masa terluang.Elisha gemar melukis menggunakan pelbagai teknik,antara teknik kegemaran beliau ialah impasto.Seni pop dan modern art adalah karya kegemarannya.Semua karya dilukis melalui imaginasi fikirannya,belajar berkarya melalui dirinya sendiri.Sentiasa bermain dengan warna.Elisha percaya bahawa seni boleh membawa kepada kehidupan yang sihat dan seimbang.