Benih Ikan Minggu ini: Lawati www.facebook.com/biatklate
Lompat ke soalan berkenaan:
Ikan keli boleh diternak dalam takungan seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas.
Tangki simen atau konkrit yang bersaiz 500m2 (50m x10m). Dianggarkan kos pembinaan tangki simen adalah diantara RM8,000 – RM10,000 seunit lengkap dengan inlet dan outlet.
Ikan tilapia merah dan keli sesuai untuk ternakan komersial. Spesies ini mudah untuk diternak juga agak stabil di pasaran. Tetapi tuan boleh memilih untuk menternak ikan lain seperti Patin, Jelawat, Kelah, Baung atau lain2 ikan asli yang bernilai tinggi.
Tempoh ternakan ikan keli ini adalah selama 3 bulan untuk mencapai saiz pasaran (6ekor/kg).
Pada kebiasaanya anak ikan tilapia yang berumur 2-3 bulan iaitu bersaiz 50-70 gm seekor sesuai untuk dipindah kedalam sangkar ternakan.
lazimnya ikan tilapia merah akan dituai apabila mencapai purata saiz 500-600 gm seekor. Kadar pembesaran ikan banyak bergantung kepada kuantiti makanan diberikan, kualiti air, kadar stok dalam sangkar dan serangan perosak.
Ternakan ikan patin dalam kolam tanah perlukan kawasan sesuai dari tanah jenis liat berpasir dengan sumber air mengalir masuk yang bersih. Suhu air kolam yang sesuai antara 26-28 celsius dengan pH sekitar 6.5 - 7.0.