🌊Pemandangan Laut (Seaview)
Rehatkan minda dengan pemandangan biru laut Tawau yang mempesona tanpa perlu keluar dari bilik.
📍Lokasi Yang Sangat Strategik
Terletak di kawasan komersial yang hidup. Hanya beberapa langkah ke restoran,kafe, bank, dan Masjid Besar Tawau
💧 Penapis Air Coway dan Kemudahan Memasak
Tak perlu beli air mineral! Air bersih sejuk dan panas tersedia 24 jam untuk kemudahan anda sekeluarga.
🧑🍳 Restoran Dibuka Hingga Larut Malam
Yang datang untuk urusan kerja! anda boleh berbincang hingga larut malam sambil bersantai.
Terletak strategik di Bazhong Commercial Centre, Anekayangan Homestay menawarkan unit apartmen seluas 77 m² yang dihias rapi ala moden minimalist untuk memberikan ketenangan maksima.
Sama ada anda berkunjung ke Tawau untuk bercuti bersama keluarga atau mempunyai urusan perniagaan, kami menyediakan segala kemudahan yang anda perlukan untuk rasa seperti berada di rumah sendiri. Bangun pagi anda dengan bayu laut yang segar terus dari balkoni kami!
📍 Panduan & Polisi Penginapan Tetamu
Bagi memastikan keselesaan maksima dan kelancaran sepanjang tempoh penginapan anda, sila ambil maklum beberapa panduan penting di bawah:
Waktu Daftar Masuk (Check-In): Bermula jam 2:00 Petang
Waktu Daftar Keluar (Check-Out): Sebelum jam 11:00 Tengah Hari
(Permintaan untuk daftar masuk awal atau daftar keluar lewat adalah tertakluk kepada kekosongan unit pada hari tersebut).
Sistem Self Check-In: Kami menggunakan sistem daftar masuk kendiri yang mudah, cepat, dan selamat. Arahan lengkap serta kod akses akan dihantar terus ke WhatsApp anda sebelum waktu ketibaan.
Polisi Kebersihan & Keselesaan:
Bilangan Tamu: Maximum hanya 6 orang dewasa dan 2 kanak-kanak
Mesra Muslim: Hanya makanan dan minuman halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam unit.
Larangan Merokok: Ruang dalaman apartmen adalah kawasan bebas asap rokok demi kesihatan bersama. Merokok hanya dibenarkan di kawasan balkoni luar.
Haiwan Peliharaan: Segala jenis haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
Ketenteraman Awam: Sila jaga ketenteraman dan kurangkan pencemaran bunyi selepas jam 10:00 malam demi menghormati jiran tetangga.
Kami sentiasa komited memberikan pengalaman penginapan yang premium dan terbaik untuk anda sekeluarga di Tawau. Selamat datang ke Anekayangan Homestay!