Siapakah Master Amin & Master Ziela?
Pasangan suami isteri yang berjaya membina perniagaan dari rumah sejak tahun 2013.
Saya ialah bekas pekerja minyak dan gas dan sekarang adalah seorang peniaga aktif, jurulatih perniagaan, pakar pemasaran online , YouTuber, TikToker dan pensyarah separuh masa di kolej-kolej berkaitan topik keusahawanan.
Master Ziela pula adalah bekas pekerja bank dan telah membina kepakaran dalam bidang produk kesihatan semulajadi yang berkualiti tinggi. Beliau juga adalah seorang pakar close sales.
Kami mencapai tahap Master Coordinator, Top Seller, Top Recruiter di peringkat kebangsaan dan berjaya membina perniaga kukuh hanya dari rumah menggunakan modal rendah.
Cerita Saya
Perjalanan saya bermula apabila saya sedar saya mula terperangkap dalam kareer impian saya (Pengurus Projek Minyak & Gas). Walaupun ada gaji yang lumayan tapi saya tiada masa dengan anak-anak yang sedang membesar.
2004 - 2007
Graduate & Cabaran Awal Kareer
Graduate dari UiTM Shah Alam dengan hutang pinjaman yang banyak dan rasa keliru dengan jurusan yang saya belajar. Mula berkerja dan bertukar-tukar kerja. Masih belum jumpa suasana dan kerja yang sesuai.
2007 - 2010
Berkahwin & Kareer Lebih Baik
Berkahwin dan dapat kerja di syarikat minyak & gas. Beli rumah semi D dan kereta honda.
Mula rasa ekonomi semakin ketat. Mula berniaga produk jamu, tudung, kek dari rumah.
2010 - 2014
Titik Perubahan
Anak sudah masuk 4. Cuba bisnes serunding dan butik tapi tak menjadi.
Kesihatan saya semakin merosot. Berat badan naik, gula naik, tekanan darah naik dan stres semakin tinggi.
Saya sangat sibuk. Saya outstation 1-2 kali seminggu. Dari Kemaman saya ke Miri, Labuan, Kota Kinabalu, Bintulu, KL, Pasir Gudang & Lumut secara kerap.
Dengan keletihan melampau, saya mula bersikap dingin dengan isteri dan anak-anak.
Pada suatu hari, saya kemalangan semasa perjalanan ke Miri, Sarawak. Waktu itu saya tersedar, "Kalau aku mati hari ini, apa jadi pada keluarga aku?". Rasa kesal dengan cara saya melayan keluarga dalam keadaan stres dan penat.
Waktu itu bantuan belum sampai. Saya berfikir dan saya buat keputusan untuk cari kareer yang ada:
Kebebasan masa dengan keluarga.
Pendapatan tanpa had.
Kesihatan yang lebih terjaga.
Saya jumpa bisnes ini. Fokus secara separuh masa dan berjaya berhenti kerja setahun selepas itu.
2015 - 2018
Hijrah & Kejayaan Pertama
Tutup bisnes butik dan hijrah ke Kuala Lumpur. Pindah ke apartment kecil untuk kami 6 beranak.
Berjaya capai tahap tertinggi dalam bisnes dengan jualan 6 angka sebulan. Mula membimbing ramai usahawan lain untuk berjaya sama-sama.
2019 - Kini
Empayar Perniagaan Jutaan Ringgit
Mencipta peniagaan bernilai jutaan ringgit. Melancarkan Ultimate Academy. Membina channel YouTube yang besar dan aktif melatih lebih 300 usahawan yang ingin mengubah hidup.
Pencapaian Utama
Berjaya Berhenti Kerja dengan pendapatan side income kukuh pada 2014.
Lebih RM10 Juta jualan dalam bisnes yang dibina dari rumah dan separuh masa.
Lebih 100,000 YouTube Subscriber belajar ilmu bisnes dan kesihatan.
Lebih 300 Usahawan yang berjaya membina pendapatan dengan modal rendah.
Muncul sebagai Impact Speaker di hadapan ribuan usahawan.
Mencipta Formula Sukses Dalam YouTube & TikTok dengan lebih ringkas.
Penulis Buku Pukau Sales yang membantu ramai usahawan selesaikan masalah jualan.
Misi
Misi saya mudah saja. Saya nak bantu anda bina satu pendapatan baru yang lumayan dan kukuh. Tanpa modal tinggi dan risiko yang besar. Berjaya lebih cepat dan kurang buat silap.
Dengan pengalaman, minndset, strategi dan teknik ini, anda boleh shortcut dari habiskan masa bertahun-tahun.
Membina pendapatan besar tidak terhad pada orang kaya atau orang yang genius.
Syaratnnya hanyalah rasa desperate nak keluar dari kesusahan hidup dan capai hidup yang lebih baik.
Terima Kasih!