Satu pengiktirafan berprestij yang diberikan kepada Keedsflix Teluk Pulai yang menonjol dalam aspek pengurusan strategik, kepimpinan organisasi, kecekapan operasi dan keupayaan membina budaya kerja profesional yang mampan. Keedsflix Teluk Pulai diangkat sebagai model pengurusan unggul yang bukan sahaja menekankan tadbir urus cekap, malah membentuk ekosistem pendidikan yang dinamik, lestari dan berimpak tinggi.
24 november 2024
Anugerah berprestij ini diberikan sebagai pengiktirafan tertinggi kepada usahawan wanita yang memperlihatkan daya kepimpinan luar biasa, keupayaan strategik dalam membangunkan organisasi, serta memberi impak besar kepada pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Selangor. Al Wasim membuktikan bahawa kepimpinan wanita mampu menjadi pemacu transformasi pendidikan yang progresif dan berwawasan.
19 Julai 2024
Pengiktirafan ini telah dianugerahkan kepada Cikgu Farah kerana kejayaan menerapkan elemen keusahawanan dalam pendidikan awal, serta mampu melahirkan ekosistem pembelajaran yang aktif, kreatif dan menjana nilai tambah sejak usia muda. Al Wasim diiktiraf atas inovasi dalam mendidik anak-anak supaya berfikir besar, bertindak bijak dan bercita-cita tinggi sejak dari peringkat asas.
20 Julai 2024
Anugerah ini mengiktiraf pasukan kerja yang cemerlang, profesional dan berdaya tahan tinggi dalam menjayakan visi dan misi organisasi. Keedsflix membuktikan bahawa kejayaan sesebuah institusi pendidikan tidak dapat dicapai tanpa kekuatan pasukan yang berdedikasi, komited dan sentiasa memberikan yang terbaik demi kualiti pendidikan holistik.
Di dalam majlis Anugerah Tadika islam ini juga, Cikgu Noor telah di Anugerahkan Anugerah Khas Tunas Bakti dalam menyanjung tinggi dedikasi dan usaha luar biasa dalam membentuk generasi muda yang berakhlak mulia, berdisiplin dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Ia diberikan kepada institusi yang bukan sahaja mengajar, malah mendidik dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab sosial. Al Wasim menepati visi ini dengan pendekatan menyeluruh terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak.
Penghargaan ini telah diberikan kepada Cikgu Fatihah yang mengamalkan kaedah pengajaran berinovasi tinggi, berdaya cipta dan adaptif terhadap keperluan pendidikan semasa. Gaya pengajaran yang luar biasa dalam membentuk imaginati tinggi pelajar telah membentuk kejayaan yang maksimum dalam diri setiap pelajar. Al Wasim diiktiraf sebagai pelopor pendekatan pembelajaran abad ke-21 yang menyeronokkan, membina karakter, dan mendorong perkembangan potensi setiap anak secara menyeluruh.
20 Julai 2024
From
Wanita Berdaya Selangor
From
Keedsflix HQ
From
Keusahawanan UPSI
From
Alumni UPSI