4 golongan ini merupakan mereka orang yang penting dan utama di dalam kehidupan mereka sama ada di dalam keluarga mahupun tempat kerja, Dimana mereka berada, mereka perlu menjaga tahap kesihatan mereka dan keselamatan diri mereka kerana mereka adalah sumber punca rezeki bagi keluarga mereka atau pekerja mereka.
Setiap manusia yang hidup akan meninggalkan segala perkara di dunia dan akan terus masuk ke dalam alam barzakh, Perkara ini telah kita ketahui sekian lama, namun apakah persediaan kita sudah mencukupi ? Mungkin dari segi amal kebaikan dan ibadah yang dilakukan sudah baik dan sempurna namun jangan kita alpa dengan orang yang akan kita tinggalkan di muka bumi ini. Mereka akan meneruskan perjuangan kehidupan mungkin untuk 40 tahun hingga 60 tahun lagi dan adakah kita telah persiapkan segalanya lengkap pada mereka ?Â
Takaful bertindak sebagai pembantu kepada kita sama ada kita sakit ataupun meninggal dunia, pendidikan dan kesedaran adalah berbeza pada setiap individu namun saya kongsikan sedikit kisah kecil bagaimana Takaful membuka mata saya.
Sebut tentang takaful sahaja mesti akan dikaitkan dengan kematian, namun ada perkara yang perlu disentuh sebelum bergerak ke arah topik kematian. Takaful adalah satu konsep derma yang Tuan/ Puan lakukan. Keazaman saya pada umur 24 tahun adalah untuk menderma dan pada waktu tersebut saya sangat mengikuti aktiviti "Sedekah Subuh" bersama keluarga pada setiap hari selepas solat subuh. Namun, ianya hanya bertahan selama beberapa minggu, selang 1-2 bulan maka hilanglah sedekah subuh saya. Alhamdulillah, dengan Takaful kita juga seumpamanya bersedekah pada setiap hari dan wang yang kita dermakan itu pastinya juga digunakan untuk tujuan yang baik.
Selain itu, Takaful juga mengajar saya mengenai erti bantuan di masa susah dan sempit. Saya datang dari keluarga yang sederhana dan sebelumnya boleh dikategorikan sederhana miskin kerana saya juga pernah mengambil bantuan baitulmal di sekolah. Ketika saya sakit, kerap kali berulang ke klinik kerajaan dan bayaranya murah hanya RM1 sahaja maka saya akan diperiksa oleh doktor dan diberikan bekalan ubat penuh 1 bag di farmasi, Saya bersyukur dengan segalanya, namun ada ketika saya mengalami situasi kecemasan dan saya diminta berpuasa sebagai persediaan untuk pembedahan namun lebih dari 22jam saya menunggu, Pada malam tersebut, saya dibenarkan untuk meminum air dan keesokan pagi saya diminta untuk terus berpuasa dan malangnya saya akan berbuka pada waktu lewat malam. Situasi ini berlaku selama 4 hari berturut-turut, sebelum saya diberitahu ada bilik "OT" Operation Theatre yang kosong. Alhamdulillah, saya selamat dalam pembedahan namun waktu yang diambil untuk pembedahan adalah amat lama dan tak dapat saya lupakan sakit yang saya tanggung pada setiap hari saya menunggu,
Seterusnya, Takaful juga mengajar saya konsep hibah, Perkataan ini tidak asing namun tidak dapat saya mengerti apakah tujuan, bagaimana ia berfungsi, duitnya berasal dari mana, apakah tujuannya dan banyak persoalan yang timbul. Namun yang dapat saya simpulkan setelah bertemu dengan rakan rakan seperjuangan amatlah memuaskan hati saya dan memberikan saya big why atau sebab yang kukuh kenapa saya perlu ambil takaful, InshaaAllah akan saya kongsikan pengalaman itu di dalam ruangan yang seterusnya, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Adil
Al Raed,
Kuala Lumpur.
Ini adalah cadangan sahaja,silakan berhubung dengan kami untuk informasi lebih lengkap.
Ini adalah cadangan sahaja,silakan berhubung dengan kami untuk informasi lebih lengkap.
Jika anda barisan hadapan negara, kami tawarkan pelan perlindungan eksklusif "Sun Wira" kepada anda
Untuk maklumat lanjut,
hubungi saya sekarang : 0178810691 / 0162338890