AL-HADI NETWORK

Kejayaan berkah Tanpa Riba

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG"


"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR DALAM KERUGIAN,

KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN

SALING BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN SALING BERPESAN-PESAN

DENGAN KESABARAN"

QS. Al-Asr: 1-3

Sedarkah ANDA bahawa di setiap detik waktu yang berlalu, di setiap degupan jantung dan di setiap nafas yang dihela,

kita benar-benar berada di dalam kerugian?

Apakah yang dimaksudkan dengan kerugian itu?

Mari kita bahas dan kupas satu persatu. Cuba Anda perhatikan ayat Al-Quran di bawah ini:

Yakinlah bahawa kita dilahirkan di dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhana Wata'ala dan hanya kepadaNyalah kita berserah diri, memohon segala hajat dan keampunan. Jika hal ini tidak kita ketahui serta tidak mahu meyakininya, maka inilah yang memasukkan diri kita ke dalam kategori orang-orang yang benar-benar di dalam kerugian.

Cuba perhatikan lagi ayat Al-Quran berikut ini:

Sebelum lahir ke dunia, kita sudah bersumpah dan berjanji kepada Allah Subhana Wata'ala bahawa kita akan bersedia menyembah Allah dan melaksanakan apa jua yang DiPerintahkanNya dan meninggalkan apa jua yang DiLarangNya. Namun sayangnya semakin jauh waktu berlalu, maka semakin jauh jugalah janji itu di dalam hati manusia sehingga ramai yang lupa dan lalai dengan Nikmat dunia yang Allah Subhana Wata'ala telah Kurniakan.

Allah juga mengingatkan kita supaya jangan menjadi lalai mengingatiNya. Ini jelas tercatat di dalam Al-Quran:

ADA 2 PERKARA AGAR KITA TIDAK TERGOLONG DARI MEREKA YANG RUGI:

1. BERIMAN KEPADA ALLAH

2. BERAMAL SOLEH

Seperti yang termaktub di dalam Surah Al-Asr, ada dua golongan manusia yang terlepas dari kerugian tersebut dan mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka yang mengerjakan amal soleh. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan Beriman dan Beramal Soleh itu dan bagaimana caranya untuk menjadi golongan tersebut?

KITA AKAN MEMBAHAS TENTANG MEREKA YANG BERAMAL SOLEH TERLEBIH DAHULU

Seperti yang DiPerintahkan dalam Rukun Islam ada beberapa Amal Ibadah yang wajib kita lakukan sebagai seorang yang beragama Islam. Rukun Islam itu ada Lima perkara seperti berikut:

1. MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH

2. MENYEMPURNAKAN SOLAT FARDHU 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

3. MENUNAIKAN PUASA DI BULAN RAMADAN SELAMA SEBULAN

4. MEMBAYAR ZAKAT

5. MENUNAIKAN IBADAH HAJI BAGI YANG MAMPU

MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH

MENYEMPURNAKAN SOLAT 5 WAKTU

PUASA DI BULAN RAMADAN

MEMBAYAR ZAKAT

MENUNAIKAN IBADAH HAJI JIKA MAMPU

APAKAH LAGI AMAL SOLEH YANG LAIN YANG BOLEH DILAKUKAN?

Selain amal yang di atas kita juga dituntut untuk melaksanakan amal-amal seperti berikut:

1. Mengaji Al-Quran

2. Melaksanakan Ibadah Kurban

3. Membaca Zikir

4. Melakukan Aqiqah

5. Berdakwah

6. Bersedekah

7. Melakukan Ibadah-Ibadah Sunah

8. Membantu sesama Muslim

Dan banyak lagi perkara amal soleh yang boleh dilakukan.

MEMBACA AL-QURAN

MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN

BANYAK BERZIKIR

BERSEDEKAH

BERDAKWAH TENTANG AGAMA

TOLONG MENOLONG

LALU APA DIA BERIMAN ITU?

Beriman itu adalah apabila kita sedar dan bersedia serta sanggup untuk menerima ujian dari Allah Subhana Wata'ala.

Seperti Firman Allah dalam surah Al-Ankabut di bawah ini:

APAKAH DIA UJIAN-UJIAN ITU?

Ujian yang diberikan kepada manusia itu bermacam-macam, ia boleh saja berupa kesusahan dan boleh juga berupa kesenangan. Kesusahan itu seperti penyakit, kemiskinan, kesesatan dan kesenangan pula berupa kekayaan, kemaksiatan, sombong, bakhil dan sebagainya.

Coba perhatikan ayat Al-Quran di bawah ini:

APAKAH KUNCI UTAMA UNTUK BERTAHAN KETIKA BERADA DI DALAM UJIAN ALLAH?

Ketahuilah bahawa setiap ujian itu memang menyakitkan dan terkadang membuatkan kita merasa tidak nyaman dan merasa seoalah-olah hidup ini tidak lagi berharga dan kebanyakan orang akan mempunyai niat yang tidak sewajarnya seperti mengakhiri hidupnya dan melakukan sesuatu yang diluar norma manusia. Ternyata kunci apabila kita berada di dalam ujian ini adalah "KESABARAN". Bersikap sabar dan lakukan apa yang DiPerintahkan Allah dan jauhi apa yang DiLarang Allah. Bertaqwallah kepada Allah bahawa Dia pasti akan mengadakan jalan keluar bagi setiap permasalahan. Dan bertawaqallah kepada Allah dan pasti Dia pasti akan mencukupi segala keperluan hambanya.

Coba perhatikan ayat Al-Quran di bawah ini:

Dan coba perhatikan ayat Al-Quran yang berikut ini:

SECARA AMNYA SEMUA ORANG AKAN BERFIKIR BILA DITIMPA MASALAH ITU ADALAH UJIAN. DAN APAKAH MASALAH YANG SERING KITA HADAPI SEBAGAI MANUSIA YANG LEMAH DAN LALAI INI?

BERIKUT ADALAH BEBERAPA MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH MASYARAKAT KITA:

MASALAH HUTANG DAN TERJERAT DALAM DOSA RIBA

MASALAH KEMISKINAN DAN KEWANGAN

MASALAH KESEHATAN

TIDAK MAMPU MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KELIMA IAITU IBADAH HAJI

APAKAH SOLUSI UNTUK MASALAH-MASALAH YANG DINYATAKAN DI ATAS?

LUNAS DARI HUTANG DAN BEBAS DARI JERATAN RIBA

BEBAS KEWANGAN DAN MEMPUNYAI PERNIAGAAN

KESEHATAN OTAK DAN MENGHIRUP UDARA BERSIH BEBAS DARI POLUSI

MAMPU MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KELIMA IAITU MENGERJAKAN IBADAH HAJI ATAU SETIDAKNYA UMRAH

NAMUN BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENYAMPAIKAN HAJAT UNTUK KELUAR DARI MASALAH-MASALAH TERSEBUT?

SOLUSI BAGI MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH TERSEBUT ADALAH DENGAN BERSATU ATAU BERJEMAAH UNTUK SAMA-SAMA MEMBANTU MEMBERIKAN SOLUSI DAN MENGHULURKAN TANGAN BAGI MERINGANGKAN BEBAN SAUDARA-SAUDARA ISLAM KITA YANG DITIMPA MASALAH DAN INSYA ALLAH DENGAN PERTOLONGAN ITU NANTI KITA AKAN MENDAPAT IMBALAN PAHALA YANG BERLIPAT KALI GANDA DARI ALLAH SUBHANA WATA'ALA.

SELAIN ITU KITA JUGA PERLU SALING BANTU MEMBANTU SERTA SALING BERBAGI UNTUK MEWUJUDKAN UKHWAH SESAMA INSAN. PERTOLONGAN ITU HARUSLAH DISERTAKAN DENGAN KEIKHLASAN DAN HANYA SEMATA-MATA MENGHARAPKAN IMBALAN DARI ALLAH SUBHANA WATA'ALA JUA.

TUNTUTAN AGAMA TENTANG MENONOLONG SESAMA MANUSIA

Adalah menjadi satu kewajiban bagi kita sebagai umat Islam untuk membantu sesama manusia khususnya sesama Muslim apabila mereka di dalam kesulitan atau ditimpa masalah sekurang-kurangnya menghulurkan buah fikiran agar mereka tidak terus terpuruk dan hanyut di dalam dilema masalah yang dihadapi. Yakinlah setiap perbuatan baik itu pasti akan dibalas oleh Allah Subhana Wata'ala dengan kebaikan juga.

SELAMAT DATANG DI AL-HADI NETWORK

Di Al-Hadi Network, InSya Allah kami akan cuba membantu memberikan solusi bagi permasalahan masyarakat kita khususnya masalah-masalah yang telah dinyatakan di atas. Pertama sekali yang perlu dituntaskan adalah masalah hutang terutama sekali yang ada kaitan dengan dosa riba di dalamnya. Kerana hutang dan riba inilah punca dari segala permasalah yang timbul.

Pihak kami akan memberikan ilmu pengetahuan bagaimana cara supaya anda akan dapat menyelesaikan masalah tersebut dan bagaimana anda bisa mengeluarkan diri anda dari bebanan hutang dan dosa riba.

Namun walaubagaimanapun anda haruslah bersedia untuk menyedari akan kesilapan anda dan berniat untuk bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi di masa-masa yang akan datang. Langkah awal adalah dengan menyempurnakan amalan seperti berikut:

1. Banyakkan beristighfar

2. Menunaikan Solat Sunat Taubat

3. Menunaikan Solat Sunat Hajat (Berniat Untuk Melunaskan Hutang & Riba)

bersiap sedia untuk merubah kehidupan tanpa riba

Setelah anda yakin bahawa punca dari segala permasalahan timbul itu adalah dari Hutang dan Riba, sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah untuk merubah cara hidup anda bermula dengan niat untuk membersihkan diri dari hutang-hutang dan melepaskan diri dari riba.

Kami di Al-Hadi Network akan memberikan anda satu program di mana anda dibantu untuk menyelesaikan masalah-masalah anda. Program ini akan meliputi satu taklimat kesedaran mengenai dengan masalah dan solusinya.

Dan salah satu pengisian dalam program itu nanti adalah bagaimana cara menggunakan satu sistem yang kami panggil Sistem Jemaah yang sudah terbukti berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi masayarakat di dalam dan luar negara masa kini?

Sistem Jemaah ini adalah hasil ciptaan seorang jurutera beragama Islam yang berasal dari Indonesia. Ramai yang telah mampu merubah hidup mereka dan keluar dari beban hidup seperti kemiskinan serta mampu menyampaikan hajat dan cita-cita mereka tanpa hutang dan riba dan kini mereka sama-sama berbagi dalam mewujudkan impian orang lain seperti anda agar dapat keluar dari permasalahan anda pula.

APAKAH PROGRAM YANG DIMAKSUDKAN TERSEBUT?

PROGRAM YANG DIMAKSUDKAN ITU ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. TAKLIMAT KESEDARAN
  2. PENERANGAN TENTANG SISTEM JEMAAH
  3. PENERANGAN PENGGUNAAN PERALATAN
  4. DIGITAL TOKEN (COMING SOON)
  5. LATIHAN SECARA PERCUMA DARI MASA KE SEMASA
  6. KELAYAKAN MENJADI COACH / AGEN AL-HADI NETWORK
  7. INFAQ

TAKLIMAT KESEDARAN

Dalam taklimat tersebut, anda akan diberikan ilmu pengetahuan tentang timbulnya permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat kita pada masa ini. Dan akan dijelaskan satu persatu bagaimana cara penyelesaiannya. Di antara yang akan dibahas dalam taklimat tersebut adalah:

1. CARA MELUNASKAN HUTANG

2. CARA MELEPASKAN DIRI DARI JERATAN RIBA

3. PENGETAHUAN TENTANG BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN

4. PENGETAHUAN TENTANG PERNIAGAAN BERJEMAAH YANG BERKONSEPKAN SYARIAH

5. PUNCA MASALAH ADALAH DARI OTAK YANG TIDAK SEHAT DAN CARA SOLUSINYA

6. CARA MEWUJUDKAN HASRAT DAN IMPIAN ANDA UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI ATAU UMRAH

7. MENCAPAI KEJAYAAN SEBAGAI SEORANG KHALIFAH DI MUKA BUMI

8. BERBAGI SESAMA INSAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKAHAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

9. MENGEJAR AKHIRAT UNTUK MENDAPATKAN DUNIA.

Dan banyak lagi yang akan dibahas nanti di sesi Taklimat tersebut.

PENERANGAN TENTANG SISTEM JEMAAH

Salah satu isi program tersebut adalah sesi pembelajaran bagaimana cara penggunaan Sistem Jemaah yang akan membantu anda menyelesaikan masalah-masalah anda. Apa yang akan anda pelajari adalah seperti berikut:

1. PENGETAHUAN TENTANG SISTEM JEMAAH

2. CARA SISTEM TERSEBUT BEKERJA

3. SOLUSI PENYELESAIAN MASALAH

5. BELAJAR MENANGKAP IKAN BUKAN HANYA MEMINTA IKAN (METAFORA)

6. BANGUN SENDIRI DENGAN APA SAJA KELENGKAPAN YANG ADA

PENERANGAN PENGGUNAAN PERALATAN (TOOLS)

Setelah anda ikut serta dalam network ini, anda akan diberikan beberapa peralatan (tools) untuk anda bergerak bagi menyelesaikan masalah anda. Peralatan tersebut adalah untuk untuk membantu melancarkan ekonomi diri sendiri, keluarga dan orang lain. Ianya juga dapat membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesehatan dan juga alam semulajadi serta untuk kebaikan Bumi ini dan banyak lagi manfaat yang lainnya.

DIGITAL TOKEN (COMING SOON)

Pihak Al-Hadi Network sudah merancang dari awal lagi untuk kemudahan menggunakan token digital dengan teknologi blockchain di mana anda akan dapat menggunakan token-token tersebut untuk keperluan peribadi seperti pembelian barangan asasi, pembelian secara online untuk pengiriman wang, pembayaran zakat, infaq, sedekah dan sebagainya. InSya Allah dalam waktu yang terdekat program ini akan dilancarkan untuk manfaat bagi ahli-ahli Al-Hadi Network nanti.

LATIHAN SECARA PERCUMA DARI MASA KE SEMASA

Pihak Al-Hadi Network akan sentiasa mengemaskini program yang ada dan akan sentiasa memberikan informasi sama ada secara fizikal ataupun secara online melalui media-media sosial seperti applikasi Whatsapp, Facebook, Youtube dan sebagainya. Pihak kami juga akan memberikan informasi terkini dari masa ke semasa kepada ahli-ahlinya. Selain itu, pihak kami juga akan memberikan latihan seperti bagaimana menjalankan perniagaan secara online dan akan mengadakan aktiviti yang bermanfaat agar ahli-ahlinya akan lebih peka dan mendapat ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

KELAYAKAN MENJADI COACH / AGEN AL-HADI NETWORK

Bagi mereka yang sudah sah menjadi ahli Al-Hadi Network dan telahpun faham akan program serta isinya maka mereka akan menerima sijil sebagai Agen dan juga Coach. Mereka ini adalah layak untuk mengadakan Taklimat dan latihan untuk ahli-ahli yang baru dan akan sentiasa dipantau untuk menjamin kualiti serta integriti dalam melaksanakan tugas dakwah sebagai seorang Khalifah melalui Al-Hadi Network ini.

INFAQ

Untuk mewujudkan hasrat dan harapan para ahli dalam penyelesaian masalah-masalah yang ada, pihak Al-Hadi Network memohon keikhlasan anda untuk menghulurkan infaq sebagai dana operasi bagi program ini dan sekaligus untuk pembelian Sistem Jemaah, Peralatan, Latihan dan juga Digital Token di mana dana tersebut tidak akan disimpan oleh pihak kami melainkan untuk biaya pembelian perkara yang disebut di atas tadi dan manfaat kita bersama.

Berapakah Infaq yang diperlukan?

BND199 sahaja

Jika kita lihat kenapa pihak Al-Hadi Network memilih angka 199 adalah:

1. Angka 1 adalah menunjukkan hanya Allah sahaja satu-satunya tempat kita bertawaqal dan memohon agar program ini berjalan dengan lancar dan DiPermudahkan serta DiWujudkan segala hajat dan cita-cita para ahlinya.

2. Angka 1 juga merupakan tanda bersatu dalam menjalankan usaha ini secara berjemaah agar kita dapat berganding bahu dan saling berpegang erat demi mencapai hasra dan cita-cita kita untuk terlepas dari permasalahan yang dihadapi.

3. Angka 99 merupakan perjalanan yang penuh dengan 99 liku kehidupan namun kita perlu yakin bahawa di dalamnya terdapat 99 nama kebaikan yang akan membawa kita keluar dari apa jua jenis permasalahan yang ada termasuklah nama Al-Hadi yang bermaksud "Petunjuk Yang Baik"

Infaq ini hanya akan dikenakan sekali sahaja seumur hidup dan mudah-mudahan ianya akan dapat menjadi satu pengorbanan untuk merubah nasib anda dan juga orang lain kepada kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Dan yang paling penting adalah kehidupan yang penuh Keberkatan dan tanpa dosa riba. Dan semoga ianya akan menjadi Amal Jariah untuk anda.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?

Program ini sesuai untuk sesiapa sahaja dan tidak semestinya hanya mereka yang mempunyai masalah sahaja yang perlu ikut serta dalam program ini, malah sokongan anda untuk membantu mewujudkan hasrat dan cita-cita mereka yang ingin menyelesaikan masalah adalah sangat-sangat diharapkan. Sekiranya anda dapat membantu mereka keluar dari kesulitan dan mampu merubah kehidupan mereka dengan lebih baik seterusnya dapat melaksanakan amal ibadah dan amal soleh dengan lebih sempurna, bayangkan imbalan pahala amal jariah yang bakal anda perolehi dari program ini nanti. InSya Allah.

Keistimewaan program ini juga adalah manfaatnya akan dinikmati oleh semua ahli-ahli yang ikut serta sama ada mereka terdiri dari yang hanya sekadar berniat untuk membantu atau mereka yang mempunyai masalah dan ingin menyelesaikan masalah mereka, kedua-duanya akan dapat manfaat dari Sistem Jemaah melalui program ini dengan izin Allah.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?

Kepada anda yang ingin ikut serta dalam program ini dan sama-sama berbagi untuk menyelesaikan masalah diri anda dan juga orang lain. Silakan mengisi borang di bawah ini dan pihak kami akan menghubungi anda untuk membuat temujanji bagi sesi taklimat ringkas mengenai program ini. Semoga langkah yang anda lakukan ini akan mendapat Keberkatan dan menjadi amal jariah untuk menambahkan berat timbangan kebaikan nanti di akhirat. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.

Anda juga boleh menghubungi pihak kami melalui Whatsapp untuk sebarang pertanyaan.

SAMPAIKAN DAN BERITAHU TENTANG PROGRAM INI KEPADA YANG MEMERLUKAN

Seperti yang termaktub di ayat terakhir surah Al-Asr iaitu:

"PERPESAN-PESANLAH DENGAN KEBENARAN DAN BERPESAN-PESANLAH DENGAN KESABARAN"

Q.S Al-Asr: 3

SEMOGA PROGRAM INI AKAN MEMBANGKITKAN LAGI SEMANGAT KITA SEMUA DEMI MENCAPAI KEJAYAAN SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. AAMIN YA RABBAL ALAAMIIN!

Al-Hadi Network adalah sebuah badan komuniti sukarela untuk menangani masalah yang bersangkutan dengan isu sosial di Negara Brunei Darussalam dan sekitarnya. Saat ini badan ini belum mempunyai alamat tetap dan hanya bertindak melalui online. Taklimat serta latihan akan diadakan pada setiap minggu di beberapa buah tempat yang akan ditempah kemudian. Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi admin Al-Hadi Network di talian +6738268308 atau email ke: alhadinetwork@gmail.com

Disclaimer

Laman web ini adalah sekadar untuk informasi mengenai program yang dijalankan oleh Al-Hadi Network. Materi yang digunakan di dalam web ini adalah bukan hak milik peribadi pemilik laman web ini. Pemilik tidak bertanggungjawab atas sebarang aduan atau dakwaan dari mana-mana pihak mengenai kandungan sama ada keseluruhan atau sebahagiannya.