Klik sini untuk daftar
Saya ……………………………………………
(sebutkan nama anda)
NO. K.P: …………………………………………
(sebutkan no ic anda)
dengan ini secara sucihati dan relahati membuat akujanji dan berikrar bahawa:
a) Saya akan mematuhi segala peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (“MHO”);
b) Saya akan memperjuangkan nasib individu-individu yang terainiaya serta ditindas di atas dasar kemanusiaan selaras dengan peruntukan Undang-Undang;
c) Saya tidak akan memberi atau menyalurkan maklumat dalaman organisasi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran MHO;
d) Saya akan menegakkan prinsip dan menuruti arahan-arahan daripada pimpinan MHO melainkan yang bercanggah dengan prinsip Undang-Undang;
e) Saya akan sentiasa membantu serta memberi sokongan kepada sesama ahli di dalam pertubuhan MHO; dan
f) Sekiranya saya gagal mematuhi arahan atau peraturan yang telah ditetapkan serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan jenayah atau yang menyalahi tatasusila budaya timur atau tatasusila moral, MHO berhak membatalkan atau menarikbalik keahlian saya.
Pastikan anda ada google account untuk mendaftar keahlian secara online.