AK OUTREC
THERAPY
THERAPY
Urutan Sukan adalah pengurusan, manipulasi dan pemulihan tisu lembut badan termasuk otot, tendon dan ligamen. Asalnya untuk membantu atlet menyediakan tubuh mereka pada prestasi optimum, pulih selepas kecederaan, atau berfungsi dengan baik semasa latihan. Urutan sukan menekankan pencegahan dan penyembuhan kecederaan kepada otot dan tendon. Di AK Outrec kami juga menyediakan perkhidmatan urutan sukan kepada semua lapisan masyarakat.
Waktu Operasi
Isnin - Ahad
10.00 pagi hingga 10.00 malam
(Tempahan melalui online sahaja)
Testimoni mereka yang pernah mendapatkan terapi dari kami
AK Outrec Therapi telah memulakan operasi pada tahun 2019 di Dewan Komuniti Taman Desa Melor, Serendah. Matlamat kami adalah bagi memberikan mutu terapi yang baik khususnya kepada seluruh warga Hulu Selangor. di AK Outrec Therapy, kami memfokuskan perkhidmatan bermutu tinggi namun dengan harga yang sangat berpatutan, ianya selaras dengan tujuan asal pernubuhan kami yaitu memberikan khidmat kesihatan kepada semua golongan tidak kira agama dan bangsa, kaya ataupun kurang kemampuan.
Juruterapi kami yang terdiri dari anak-anak muda masing-masing mempunyai kelayakkan, pengalaman dan kemahiran tersendiri dalam terapi yang dijalankan. Sekiranya anda tercari-cari terapi untuk lelaki yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan, YA.. AK Outrec adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Anda juga boleh melihat testimoni dari klient-klient kami yang telah menjalankan sesi terapi bersama kami. Rata-rata telah memberikan respon yang sangat positif malah telah berulang kali menjalankan sesi mereka dengan kami.
Menurut mereka, teknik terapi kami tidak sama dengan apa yang ada di luar sana, teknik kami yang mengutamakan urutan ke otot dan seluruh anggota sebelum dilakukan manipulasi tulang adalah suatu teknik yang bukan semua orang layak dan mahir melakukannya. itulah teras kepercayaan klient kepada kami. MUTU dan KUALITI kami menjadi taruhan untuk anda.
JOM ke AK Outrec Therapy..!!
KEBAIKKAN BERBEKAM
1) Melancarkan aliran darah
Rawatan alternatif ini pada dasarnya menyebabkan saluran darah lebih jelas pada permukaan kulit disamping menyebabkannya lebih besar akibat perubahan tekanan udara diluar badan. Hasilnya aliran darah akan lebih lancar dan ini baik bagi pesakit yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi dan kencing manis.
2) Kebaikan bekam muka
Kaedah berbekam pada muka mempunyai sedikit kontroversi kerana risikonya. Namun begitu, rawatan ini telah disebut boleh merawat kondisi seperti kayap, migrain, jerawat serta kelumpuhan muka akibat strok (angin ahmar) atau “Bell’s Palsy”. Kebanyakkan ahli perubatan masih lagi tidak menemui mekanisme bagaimana bekam pada muka boleh mendatangkan manfaat seperti yang disebutkan diatas.
Oleh sebab aliran darah semakin lancar akibat perubahan tekanan pada titik bekam, maka sel-sel darah putih serta kandungan darah yang lain mudah untuk sampai ke titik tersebut dan meransang pemulihan sel serta pengeluaran sisa toksik atau kuman.
3) Melegakan penyakit-penyakit reumatik/sendi kronik
Kondisi-kondisi seperti artritis reumatik (“rheumatic arthritis”) dan gout dipercayai dapat dilegakan simptom-simptom mereka dengan kaedah bekam darah berdasarkan kenyataan daripada Persatuan Bekam British. Hal ini berkemungkinan kerana penyakit-penyakit kronik ini mempunyai lebihan penanda keradangan atau toksik seperti asid urik dalam darah yang sukar dibuang melalui air kencing.
Oleh sebab terdapat pengeluaran darah yang terkawal dan sedikit melalui bekam darah, lebihan toksik dan penanda keradangan ini juga dapat dibuang. Ianya dipercayai akan lebih efektif sekiranya prosedur ini dilakukan pada bahagian sendi yang sakit.
4) Merawat kondisi kulit kronik
Penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis dipercayai dapat dirawat dengan kaedah berbekam juga. Tiada bukti kukuh untuk menyokong tuntutan ini dalam aspek penyembuhan penyakit-penyakit yang dinyatakan. Pengurangan gejala dan skala simptom mungkin dapat dicapai kerana punca-punca penyakit kulit kronik ini adalah berpunca daripada serangan sistem imun sendiri pada kulit pesakit.
Dengan membuang darah yang terkawal beserta perubahan tekanan pada titik yang dikenalpasti, rawatan alternatif ini dipercayai dapat membuang sedikit sel-sel darah putih serta penanda keradangan yang menyebabkan gejala dan penyakit kulit ini.
5) Rawatan sampingan tekanan darah tinggi
Penyakit darah tinggi sememangnya tidak mempunyai penawarnya lagi. Akan tetapi dengan pengambilan ubat, senaman, penjagaan makanan serta kaedah bekam darah, ianya berpotensi untuk mengawal tekanan darah tinggi dengan lebih efektif. Hal ini berikutan pembuangan garam, kolesterol dan lemak dalam darah yang umum diketahui sebagai faktor utama kepada tekanan darah tinggi juga akan dibuang dalam bekam darah.
6) Mengurangkan tekanan/stres dan kemurungan
Mungkin anda tidak tahu bahawa penyakit keresahan dan kemurungan juga ada kaitan biologi dan perubahan hormon dan bukan sekadar psikologi semata-mata! Rawatan bekam angin atau darah disamping dengan urutan yang selalu diberikan disetiap sesi bekam dapat membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
7) Membantu mengurangkan tekanan otot dan badan
Tahukah anda terdapat banyak atlet professional yang menggunakan rawatan alternatif ini bagi tujuan pemulihan yang lebih “natural”? Terdapat banyak atlet pada sukan Olimpik Rio 2016 yang menggunakan rawatan ini terutamanya atlet renang seperti Michael Phelps. Kelancaran aliran darah membantu otot-otot untuk mudah membuang sisa toksik selepas aktiviti bersukan secara efektif dan membantu pemulihan badan.
Adakah berbekam lebih baik daripada menderma darah? Rawatan bekam boleh dibuat lebih berkala daripada menderma darah kerana jumlah darah yang dikeluarkan adalah lebih sedikit. Oleh itu, bekam darah dilihat lebih baik untuk melegakan penyakit kronik seperti yang dinyatakan diatas berikutan lebihan penanda keradangan yang berterusan dan sel darah putih tidak baik.