Fokus program Quranic adalah untuk memperdalam pemahaman Al-Quran. Program ini direka untuk membantu peserta menguasai bacaan dan tajwid yang betul, dengan kaedah yang interaktif dan efektif. Selain itu, program ini juga menekankan pemahaman terhadap makna dan tafsiran al-Quran, membimbing peserta untuk mengamalkan ajaran-ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian mereka. Matlamat utama program ini adalah untuk membina generasi yang celik al-Quran, berakhlak mulia, dan mampu menyebarkan ilmu serta nilai-nilai al-Quran dalam masyarakat.
Antara jenis program yang berteraskan Seminar Mega Tajwid Infografik SMTI di bawah khidmat Ustaz Tajwid Consultancy:
1- Kelas Pro Tajwid
2- Kuliah Tafsir al-Quran
3- Kelas Advance Tajwid