PENYEDIAAN & PENGHASILAN MAKANAN
I561-005-2:2022
VISI
Melahirkan tenaga kerja separa mahir yang kompeten, kreatif dan beretika dalam bidang penyediaan serta penghasilan makanan selaras dengan keperluan industri hospitaliti dan kulinari.
MISI
Membentuk pelatih yang mempunyai sikap profesional dan bertanggungjawab terhadap tugas dalam industri kulinari.
OBJEKTIF
Melahirkan pelatih yang kompeten dalam kemahiran asas penyediaan dan penghasilan makanan mengikut standard industri hospitaliti dan kulinari semasa.
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)
KEMAHIRAN KULINARI ASAS YANG KOMPETEN
Melahirkan graduan yang menguasai teknik atas penyediaan makanan, pengendalian peralatan dapur serta kaedah masakan selaras dengan keperluan industri perhotelan, katering dan perkhimatan makanan.
PROFESIONALISME DAN ETIKA KERJA
Menghasilkan graduan yang berdisplin, beretika dan mematuhi standard keselamatan makanan serta nilai - nilai Halalan Toyyiban dalam pesekitaran kerja sebenar.
KEBOLEHPEKERJAAN DAN KEMAJUAN KERJAYA
Membangunkan graduan yang bersedia untuk bekerja dalam sektor makanan sebagai pembantu dapur, penyedia makanan atau meneruskan pengajian ke Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)
PENGETAHUAN ASAS KULINARI
Pelatih berupaya memahami dan mengaplikasikan pengetahuan asas kulinari termasuk jenis bahan mentah, kaedah memasak, resipi standard dan prinsip pengolahan makanan.
KEMAHIRAN TEKNIKAL PENYEDIAAN MAKANAN
Pelatih mampu melaksanakan tugas penyediaan makanan seperti memotong, mencuci, menyukat, memasak dan menghidang mengikut SOP dan standard industri.
KESELAMATAN DAN SANITASI MAKANAN
Pelatih dapat mempraktikkan amalan kebersihan diri, pengurusan bahan mentah, pencegahan pencemaran silang dan pematuhan suhu bahaya makanan berdasarkan garis panduan HACCP asas.
OPERASI SENI KULINARI
I561-005-2:2022
VISI
Melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, inovatif dan berdaya saing dalam bidang operasi seni kulinari, selaras dengan kehendak industri hospitaliti yang standard kemahiran kebangsaan.
MISI
Melahirkan pelatih yang mempunyai etika kerja tinggi, semangat keusahawanan dan kesediaan untuk menempuh dunia pekerjaan sebenar.
OBJEKTIF
Meningkatkan tahap kompentensi pelatih daripada kemahiran asas ke tahap penyeliaan dalam bidang seni kulinari.
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)
PENGUASAAN KEMAHIRAN KULINARI ASAS
Melahirkan graduan yang menguasai kemahiran asas dalam operasi dapur, teknik penyediaan makanan, dan pengendalian peralatan kulinari mengikut standard industri perhotelan dan perkhidmatan makanan.
PEMATUHAN AMALAN PROFESIONAL DAN KESELAMATAN MAKANAN
Membentuk graduan yang mengamalkan etika kerja, disiplin, kebersihan, serta mematuhi prinsip keselamatan makanan dan Halalan Toyyiban dalam menjalankan tugasan harian.
KEBOLEHPEKERJAAN DALAM INDUSTRI MAKANAN
Menghasilkan graduan yang berupaya bekerja dalam pelbagai sektor kulinari sebagai pembantu dapur, pembantu penyediaan makanan atau meneruskan pembelajaran ke Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)
PENGETAHUAN ASAS OPERASI KULINARI
Menunjukkan pemahaman mengenai bahan mentah, prinsip memasak, teknik penyediaan makanan, jenis peralatan, serta proses operasi dapur mengikut standard industri.
KEMAHIRAN PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN
Melaksanakan tugas penyediaan dan penghasilan makanan termasuk teknik memotong, memasak, memproses, dan menghidang dengan betul serta konsisten.
KESELAMATAN, SANITASI DAN KEBERSIHAN MAKANAN
Mengamalkan langkah keselamatan makanan, kebersihan diri, prosedur sanitasi, pencegahan pencemaran silang, dan pematuhan suhu bahaya makanan.
LALUAN KERJAYA
Pembantu dapur
Pembantu penyediaan makanan
Line cook/commis chef
Katering
Demi Chef
Chef De Partie
Sous Chef
Chef De Cuisine
Usahawan