Hari Akademia PTSN merupakan platform yang diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai warga kerja Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang akademik. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi yang khusus diberikan kepada para pensyarah yang telah memberikan sumbangan signifikan dalam pelbagai kategori seperti sukarelawan, kokurikulum, keusahawanan, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi, pembelajaran sepanjang hayat serta penerbitan dalam pelbagai peringkat. Anugerah ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat kepada para akademik untuk terus mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi.