VISI, MISI, OBJEKTIF DAN DASAR KELAB
VISI
Mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohaniah, akhliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama serta melahirkan masyarakat yang aktif, sihat, cergas dan bersatu.
MISI
Membentuk generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kemahiran, keusahawanan dan pengurusan organisasi serta meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan ke arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu, dalam program pembangunan bola sepak akar umbi
OBJEKTIF
Membina generasi belia yang berakhlak dan berdisiplin, serta melahirkan belia cemerlang dan mewujudkan tenaga kerja belia yang berkemahiran serta melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu dalam program pembangunan.
DASAR KELAB
KELAB BOLASEPAK CEMERLANG SANDAKAN Komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, Cekap,Tepat, dan Mesra demi kepentingan Pembangunan Bola Sepak serta Belia Negara.