Sebelum buat proses kekalkan nombor lama (Port in), pastikan anda check dahulu, nombor lama anda cukup syarat atau tidak.
SYARAT-SYARAT GUNA NO LAMA
(Tekan panah kecil di kanan ini )
Wajib tahu IC yang didaftarkan utk no lama sebab kena daftar guna IC tersebut masa daftar sim TuneTalk . Kalau salah daftar IC semasa proses kekalkan no lama ni, kena beli simkad baru untuk teruskan proses Port In. Kalau tak pasti, boleh check ikut cara di bawah nanti.
Untuk Pengguna Prepaid/Topup
1. Pastikan kredit aktif & tak expired semasa proses penukaran.
2. Ada sedikit kredit untuk reply SMS nanti.
3. Tiada hutang SOS Topup. Jika ada, sila jelaskan sebelum reply YES.
4. BUKAN No Tunetalk
Untuk Pengguna Postpaid/Bil
1. Nombor masih hidup
2. Pastikan tiada bill tertunggak
3. Pastikan tiada kontrak dengan telco sekarang.
4. Tiada Subline
Setiap telco sekarang sudah ada Apps tersendiri. Jadi cara paling mudah adalah dengan check nama di Bahagian Profile, di apps Telco anda sekarang. Nama di bahagian profile adalah nama yang digunakan masa anda daftar nombor lama dahulu.
Apps Telco di Malaysia:
Digi : MyDigi
Celcom : Celcom Life
Maxis : Maxis dan Hotlink
Umobile : MyUMobile
XOX : XOX BLACK
RedONE : redONE 1App MY
Unifi : Unifi Mobile Prepaid
Yoodo : Yoodo
Jika syarat di atas sudah cukup dan anda tahu nombor lama anda daftar atas nama / IC siapa, anda boleh buat proses kekalkan nombor lama ikut panduan di bawah ini:
Mohon Whatsapp saya Nombor yang di kekalkan dan Nama Line Nombor lama bila dah siap ya.
Contoh: 0198080842 / Digi