Sambutan Hari Belia Kebangsaan peringkat negara akan disambut pada 1 Ogos setiap tahun melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Acara kemuncak sambutan itu nanti ialah Anugerah Hari Belia Kebangsaan sebagai pengiktirafan dan penghargaan negara kepada golongan belia yang bergerak secara individu mahupun melalui organisasi dan pergerakan belia yang diiktiraf di Negara Brunei Darussalam. 

Sebanyak empat (4) kategori anugerah diadakan adalah seperti berikut iaitu :

Jabatan Belia dan Sukan mempelawa bagi menghadapkan sebarang pencalonan bersesuaian untuk empat (4) kategori anugerah yang dinyatakan di atas.

INFO PEK ANUGERAH HARI BELIA KEBANGSAAN

 BELIA CEMERLANG

Seorang belia yang telah memberikan sumbangan jasa yang cemerlang dalam apa jua bidang diceburi atau memperlihatkan usaha-usaha yang membuahkan hasil membanggakan dan mengharumkan nama negara.

Pencapaian cemerlang yang diperolehi di peringkat antarabangsa merupakan satu keutamaan, selain di peringkat serantau dan kebangsaan pula adalah satu kelebihan dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kesukanan, pendidikan, keusahawanan, sains, teknologi, kebudayaan, kesenian dan sebagainya.


Hadiah 
Sijil , Wang Tunai $ 3,000.00 , Kain Tenunan Brunei & Plak

Panduan Video
(mandatori untuk semua calon)
BC Video ANUGERAH BELIA.mp4

 BELIA BERKHIDMAT 

Pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada seorang belia yang bergiat aktif dan memberikan sumbangan serta khidmat secara sukarela dan berterusan kepada masyarakat di negara ini dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kesukanan, pendidikan, keusahawanan, sains, teknologi, kebudayaan, kesenian dan sebagainya.


HADIAH
Sijil , Wang Tunai $ 3,000.00 , Kain Tenunan Brunei & Plak

Panduan Video
(mandatori untuk semua calon)
BB Video ANUGERAH BELIA.mp4

 PEMIMPIN MUDA BELIA

Satu pengiktirafan atas khidmat cemerlang yang telah diberikan oleh seorang pemimpin muda dalam memajukan organisasi yang telah dipimpinnya secara berterusan dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kemasyarakatan, pendidikan, keusahawanan, alam sekitar, teknologi, kesukanan dan sebagainya.

Sebagai penghormatan yang berterusan bagi ikutan dalam melahirkan pemimpin belia yang berwibawa, berwawasan dan berhemah tinggi.


HADIAH
Sijil , Wang Tunai $ 3,000.00 , Kain Tenunan Brunei & Plak

Panduan Video
(mandatori untuk semua calon)
PMB Video ANUGERAH BELIA.mp4

 PROJEK CEMERLANG UNTUK BELIA 

Projek Cemerlang Untuk Belia Bidang Sosial Ekonomi [PCUBSE]

Sumbangan dalam pembangunan belia dan mempelbagaikan ekonomi negara serta kesukarelawanan.

Projek Cemerlang Untuk Belia Bidang Gaya Hidup Sihat [PCUBGHS]

Mempromosikan kesihatan dan sukan riadah dalam pemerkasaan, penjagaan kesihatan kepada masyarakat di negara ini.

Projek Cemerlang Untuk Belia Bidang Seni dan Kebudayaan [PUCBSK]

Mengekalkan identiti dan ideologi sesebuah masyarakat serta mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan bidang seni dan kebudayaan.


HADIAH
Sijil , Wang Tunai $ 3,500.00 & Plak

Panduan Video
(mandatori untuk semua calon)
PUCB Video ANUGERAH BELIA.mp4

Borang permohonan hendaklah dihadapkan tidak lewat pada
Khamis, 6 Jun 2024 sebelum pukul 3.00 petang.


URUS SETIA ANUGERAH HARI BELIA KEBANGSAAN

Nombor Telefon
  +673 2381903/4/5 ext 1300 / 1304

E-mel
ahbk@belia-sukan.gov.bn

Alamat
Bilik Sekretariat,
Stadium Negara Hassanal Bolkiah