Menyediakan perkhidmatan Hibah Silang sebagai salah satu langkah perancangan kewangan dan perlindungan masa hadapan bagi memastikan kebajikan, kestabilan kewangan serta kelangsungan pemilikan aset antara pasangan atau rakan kongsi terus terjamin sekiranya berlaku kematian atau musibah yang tidak dijangka. Perkhidmatan ini juga membantu memudahkan urusan pengagihan manfaat kepada penerima yang telah ditetapkan.