ADAT RESAM IBAN
-PERKAHWINAN
-KELAHIRAN
-KEMATIAN
1)Merisik
-Dalam masyarakat iban perkhahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lekaki.Sekiranya seseorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga bunga atau berjaru jarum.Pada masa itu syarat-syarat perkhahwinan akan ditentukan termasuklah pemberian dan sebagainya.Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.
B)Meminang dan bertunang
-Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang dari lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua.Syarat-syarat perkhahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas khahwin serta lain-lain berkaitan.Setelah mencapai kata sepakat,ayah pihak lelaki menanggalkan lampin atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkhahwinan.Mulai saat itu perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya.
C)Majlis Perkhahwinan
-Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkhahwinan yang bakal tiba.Pihak keleuarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yamg harus diberikan kepada keluarga perempuan . Keluarga perempuan akan membuat persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih . Untuk tetamu , kedua dua pihak melantik wakil masing masing untuk menguruskan jemputan kahwin .
Potong Tali Pusat dan Berurut
-Sejurus bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan.Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik .Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam kebaikan baik dan teratur.
Berdiang/Bersalai
- Selepas bersalin, wanita kaum iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, dimana si ibu perlu duduk dekat unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik.Antara jenis kayu yang lazim digunakan ialah kayu malam, manding atau langsat.Kayu kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin.
Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.
Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.
Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.
Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.
Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang.
Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai.
Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu.
Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.
Contoh contoh gambar adat perkahwinan, kelahiran dan kematian orang Iban :
Ahli keluarga dan rakan terdekat mendiang turut menghadiri upacara kematian