Lencana Maju

Untuk lulus Lencana Maju seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
A. Cita-cita Pengakap
      1. Organisasi Kumpulan, PPM Daerah & PPM Negeri.
      2. Melukis bendera semua negeri Malysia.
      3. Nama penuh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah & Penolong Pesuruhjaya Daerah.
      4. Undang-undang Pengakap. 

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
      1. Latihan asas perbarisan.
      2. Kawat tongkat.
      3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera.
      4. Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter. 

C. Kemahiran Berpengakap
      1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji.
      2. Teknik menggunakan kapak.
      3. Simpulan & ikatan : -
          -  Tindih Kasih Ganda (Double Bowline)
          -  Belit Lucut (Highwayman's Hitch)
          -  Lilit Pasdul (Marline Spike Hitch)
          -  Simpul Kerusi (Fireman's Chair Knot)
          -  Lilit Pemati Selit (Lilit Pemati Selit)
          -  Simpul Kepala Lalat (Crown Knot)
          -  Sambat Balik (Back Splice)
          -  Ikat Silang Gunting (Sheer Lashing)
    4. Memasak masakan rimba.
        - Menghidupkan api.
        - Roti Lilit.
        - Ikan.
    5. Model projek perintis.
    6. Kajian 1 perkara berikut : -
        -  Burung, binatang dan pokok tempatan.
        -  Lawatan bangunan / kawasan penting.
        -  Kawasan tempatan.
    7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam.
    8. Langkah keselamatan berenang.
    9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar.
    10. Melakukan 2 perkara berikut : -
            -  Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah.
            -  Keperluan berkhemah.
            -  Memasak untuk 2 orang. 

D. Pengembaraan
    1. Jenis kompas dan membaca bereng.
    2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta.
    3. Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis pengembaraan dalam buku log.
    4. Ikhtiar hidup. 

E. Perkhidmatan
    1. Balutan- kepala, lutut dan lengan.
    2. Tindakan kecemasa.
    3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan.
    4. Khidmat sukarela. 

ORGANISASI KUMPULAN                                                                                     ORGANISASI DAERAH

ORGANISASI NEGERI

Bendera negeri Malaysia

                             Negeri Perlis                                                                         Negeri Kedah                                                                           Pulau Pinang

                                 Negeri Perak                                                                         Kelantan                                                                                    Terengganu

                                   Pahang                                                                                     Selangor                                                                                Negeri Sembilan

                                    Melaka                                                                                      Johor                                                                                            Sabah

                                   Sarawak

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1.       Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2.       Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-orang di bawahnya.

3.       Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.

4.       Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya.

5.       Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya.

6.       Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.

7.       Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa persoalan.

8.       Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum walaupun semasa kesusahan.

9.       Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.

10.    Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.


Latihan Asas Perbarisan
 

   Luruskan Barisan

 - Sama dengan pergerakan ke kanan lurus.

   Cepat jalan

- Mengeluarkan kaki kiri ke hadapan

- Pada masa yang sama, lenggangkan tangan kanan sama paras dengan bahu, lenggan kiri jauh ke belakang seberapa yang boleh.

 

   Hentak kaki

- Boleh diberikan semasa “cepat jalan”

- Arahan: “Hentak kaki... Gerak!”

- Kaki kiri naik ke atas 90º dan seterusnya dengan kaki kanan, kaki kiri....

 

   Berhenti

- Diberikan semasa “cepat jalan”

- Arahan: “Baris... ti!”

- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Kaki kiri hentak ke tanah dan diikuti kaki kanan.

 

   Belok kanan/ belok kiri

- Diberikan semasa “cepat jalan”.

 

   Tukar langkah

- Diberikan semasa “cepat jalan”

- Arahan: “Tukar langkah semasa cepat jalan... Tukar langkah!”

- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Hentak kaki kiri ke hadapan dan bergerak 2 langkah ke hadapan dan menghentakkan kaki kiri dan kanan.

 

   Perlahan Jalan

- Diberikan semasa “cepat jalan”

- Arahan: “Tukar langkah... perlahan jalan!”

- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Seterusnya, kaki kiri dan kanan hentak ke tanah.

- Luruskan hujung kaki dan gerakkan ke hadapan serta diikuti oleh kaki kanan secara perlahan.

 

 


KAWAD TONGKAT


Upacara mengibarkan bendera

1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera

2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera

3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia.

4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.

5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat

6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”,

7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.

8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan.

9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti  oleh semua pemimpin serta pengakap lain .

10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya.

11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia', Persetiaan Pengakap dan doa berturutan.

12.  Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas.

13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'.

14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.

15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.

16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya.

17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin.

18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.


Upacara menurunkan bendera

1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera

2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera

3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia.

4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.

5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk

menjalankan istiadat

6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”,

7. 2 orang Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.

8. Kedua-dua Pengakap bertugas melipat bendera.

9. Selesai melipat bendera,Pengakap bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal.

10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.

11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya.

12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin.

13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.

 


MENJAGA, MENGASAH DAN MENYIMPAN KAPAK DAN GERGAJI

Kapak adalah sejenis peralatan pertukangan kayu yang digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, dan wujud di dalam hampir setiap tamadun manusia. Kapak digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk membelah kayu, memotong kayu, menebang pokok-pokok dan kayu balak. 

 

Selain itu, kapak juga digunakan sebagai senjata perang dan senjata pertahanan diri. Kapak juga digunakan sebagai alat dalam istiadat keagamaan dan upacara adat dan dijadikan sebagai simbol lambang heraldic.

 

Kapak mempunyai berbagai bentuk dan kegunaan, termasuklah kegunaan khusus. Tetapi bentuk asasnya tidak banyak berbeza, iaitu kepala kapak yang dihubungkan kepada satu pemegang.


JENIS-JENIS KAPAK

KAPAK POKOK (MENEBANG)

Kapak ini khusus untuk menebang pokok dan digunakan dengan memotong urat kayu.

 

 

KAPAK BAJI (MEMBELAH)

Kapak ini digunakan untuk membelah kayu, dan digunakan untuk memotong memanjang selari dengan urat kayu.

KAPAK TANGAN (MEMOTONG) 

Digunakan untuk memotong dan merapikan dahan-dahan kecil dan ranting untuk dijadikan kayu api. Tidak sesuai digunakan untuk menebang pohon-pohon besar.

 

MENJAGA KAPAK

1. Mata kapak hendaklah selalu tajam.

2. Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.

3. Jangan letak kapak di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di capai dan jauh dari laluan.

4. Jangan jadikan kapak seperti alat permainan. Kapak boleh menyebabkan cedera dan terbunuh.

 

MENGASAH KAPAK

Terdapat berjenis-jenis batu asah di psaran. Pastikan standard grit yang betul kerana pengeluar batu asah mempunyai standard mereka sendiri. Grit batu asah jepun tidak sama dengan grit batu asah buatan Amerika atau Eropah..

BATU ASAH KASAR (grit 120)

Untuk tumpul teruk - untuk membuang/canai serpihan/sumbing di mata kapak atau bila bilah kapak sangat tumpul.

 

BATU ASAH SEDERHANA KASAR (grit 220 - grit 700)

Untuk tumpul yang biasa (normal) - untuk menajamkan mata kapak selepas membuat kerja. Mata kapak yang tidak terlalu tumpul (ketajaman yang biasa).

 

BATU ASAH HALUS (grit 800 - grit 1200)

Mata kapak secara amnya masih lagi tajam - cuma nak menambahkan lagi ketajaman. Digunakan untuk mendapatkan balik ketajaman tanpa mengasah kapak secara berlebihan.

 

BATU ASAH HALUS (grit 4000 dan keatas)

Untuk mendapatkan mata kapak yang sangat tajam - digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat dan mata kapak yang sangat tajam. 

Jadi, secara prinsipnya, seseorang memerlukan 3 jenis batu asah.

1. Untuk asah kasar/canai (rough grind)

2. Untuk menajamkan (to sharpen)

3. Untuk mengilap (hone)

 

 

 

MENYIMPAN KAPAK

1. Menyimpannya di poket khas yang telah disediakan. Penbalut mata ini biasanya diperbuat daripada kulit dan ia selamat.

2. Memakukkan mata kapak pada tunggul kayu atau batang kayu.

 

FAKTOR KESELAMATAN

1. Mata kapak mestilah sentiasa tajam

2. Jangan pakai pakaian yang labuh sehingga menggangu keselesaan sewaktu bekerja

3. Jangan pakai scarf sewaktu bekerja

4. Pakai kasut semasa bekerja.

5. Pastikan tiada orang yang berhampiran sewaktu bekerja.

6. Sentiasa menjaga kapak supaya tidak tercabut daripada pemegangnya.

7. Sebaik sahaja selesai menggunakannya, kapak hendaklah disimpan di tempat yang selamat.

 

 

 

Gergaji ialah sejenis alat yang digunakan untuk memotong sesuatu. Bilah gergaji biasanya bergerigi, dan bentuk gigi gergaji bergantung kepada bahan yang dipotong, contohnya kayu atau logam.


Ada banyak jenis gergaji. Antaranya merupakan peralatan tangan yang bekerja dengan kekuatan otot. Beberapa gergaji memiliki sumber tenaga lain seperti stim, air atau elektrik dan lebih kuat dari gergaji tangan.


Gergaji biasanya menimbulkan bunyi bising. Menggunakan gergaji untuk memotong bahan agak berbahaya kerana tepinya yang tajam. Bahagian suatu benda yang dipotong gergaji boleh terbang tanpa disedari dan berbahaya buat pernafasan, mata dan kulit. Gergaji dapat menghasilkan keratan yang kemas dan amat perlu semasa perkhemahan.


JENIS-JENIS GERGAJI

MEMOTONG KAYU

Jenis gergaji yang terbaik adalah gergaji potong yang memiliki mata gergaji tegak. Posisi ini disesuaikan dengan arah serat. Mata gergaji yang tegak lebih kuat untuk memotong serat dan akan terasa lebih ringan pada waktu memotong.


Letakkan benda kerja di atas meja yang stabil, lebih baik apabila bagian sisi lebar dibatasi dengan pembatas yang tidak mudah bergerak. Pada garis potong sesuai ukuran yang diinginkan letakkan ujung kuku ibu jari berbatasan langsung dengan gergaji.


Selalu gerakkan gergaji ke arah belakang untuk membuat alur gergaji. Untuk hasil terbaik sebaiknya gunakan tenaga dorongan untuk memotong serat kayu. araha ke belakang murni hanya untuk mengambil posisi semula.


MEMBELAH KAYU

Secara teknik ini lebih ringan daripada memotong kayu karena proses utamanya adalah memisahkan ikatan pori-pori kayu. Mata gergaji berbentuk lebih miring dengan sudut tertentu.


Untuk kestabilan pembelahan benda kerja sebaiknya diikat dengan sebuah 'clamp' ke meja kerja atau bangku kerja. Posisi kuku ibu jari sama dengan proses pemotongan kayu.

 

GERGAJI LENGKUNG HALUS

i. Ia digunakan untuk menggergaji bahagian tepi melengkung pada papan nipis.

ii. Apabila memasang bilah gergaji, gigi belah mesti menunjukkan kearah pemegang

iii. Selepas digunakan, longgarkan pemegangnya untuk melepaskan kuasa tegangan pada bilah gergaji

iv. Buat potongan panduan apabila menggergaji lengkung yang dalam


MENJAGA GERGAJI

1. Untuk menjaga ketajaman mata gergaji saat digunakan, hindari menggergaji besi, beton, atau batu (umumnya terjadi secara tidak sengaja). Untuk itu, singkirkan paku dari kayu sebelum Anda menggergajinya.


2. Untuk mencegah karat, gosok mata gergaji dengan lilin atau sapukan cairan antikarat.


3. Semasa menggunanya, pastikan matanya tidak panas.  Jikalau tidak ia akan patah.


MENGASAH GERGAJI

Beberapa teknik tertentu diperlukan untuk mengasah mata gergaji menjadi gergaji yang tajam dan baik. Mengasah gergaji tidak sekadar membuat semua jajaran mata gergaji menjadi lebih runcing akan tetapi kita perlu perhatikan beberapa perkarayang akan sangat besar pengaruhnya untuk kemudahan menggunakan gergaji tangan.


1. Kelurusan bilah gergaji

Bilah gergaji harus benar-benar lurus tanpa bengkok sehingga pada waktu gerakan menggergaji garis potong yang akan dihasilkan terjaga ukurannya dan tenaga yang diperlukan untuk mendorong ataupun menarik gergaji tidak terlalu besar, terutama pada waktu garis potong sudah memiliki kedalaman tertentu. Bilah gergaji yang bengkok mengakibatkan garis potong menjadi lebih besar dan hasil gergaji tidak halus/rata.


2. Barisan Mata Gergaji

Pengasahan harus memperhatikan hasil akhir pada posisi mata gergaji. Semua ujung mata gergaji harus terletak pada satu garis lurus dengan sekecil mungkin toleransi. Begitu pula dasar sudut mata gergaji juga harus tetap berada pada satu garis lurus.


Ketidakrataan posisi barisan mata gergaji berarti tidak semua mata gergaji bekerja maksima. Hanya mata gergaji paling tinggi yang bekerja memotong kayu. Situasi ini membuat penggergajian lebih berat dan lebih lama. Juga membuat gergaji lebih cepat tumpul terutama pada mata gergaji tertinggi.



MENYIMPAN GERGAJI

1. Jangan simpan di dalam kotak perkakas, kerana akan merosak mata gergaji. Penempatan gergaji adalah digantung di dinding.


2. Mata gergaji diberi pelindung dari plastik atau bahan lain.


3. Setelah menggunakannya, ingat supaya ia telah disapu dengan minyak.  Jadi tidak, ia akan berkarat.



Simpulan dan Ikatan

1. TINDIH KASIH BERGANDA


1. Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit, sama seperti kegunaan tindih kasih biasa

2. Lebih kukuh berbanding tindih kasih biasa kerana terdapatnya dua utas tali

3. Digunakan juga semasa kerja-kerja menyelamat.




2. BELIT LUCUT


1. Digunakan untuk mengikat bot atau binatang.

2. Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.




3. LILIT PASDUL


1. Untuk membuat tangga.

2. Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.



4. SIMPUL KERUSI


1. Diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing 

5. LILIT PEMATI SELIT

1. Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.


6. SIMPUL KEPALA LALAT 

1. untuk mengelakkan hujung tali tiga strip daripada terburai.

7. SAMBAT BALIK


1. untuk memulakan sambatan balik.



8. SILANG GUNTING

1. untuk menyambung dua batang kayu atau buluh dalam aktiviti membuat gajet dan pioneering

2. dimulakan dengan ikatan manuk pada sebatang kayu kemudian belitkan tali dengan kemas.

 


Memasak masakan rimba

Menghidupkan api

Roti Lilit


Langkah keselamatan berenang

Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting dalam acara renang di dalam Kurikulum Kebangsaan Britain, yang mana sebahagian daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas di luar persekitaran kolam renang.

 

Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan meransang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi merbahaya. 

 

Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.

 

Disamping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk memastikan bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika menjalani aktiviti renang. Kaedah CPR adalah kaedah yang terbaik untuk memberi bantuan awal sekiranya ada individu yang lemas dalam air. 


Langkah keselamatan kegiatan kerja luar

PERANAN MURID.

·                     Murid mendapatkan kebenaran ibubapa.

·                     Memberitahu taraf kesihatan kepada guru/pihak pengurusan.

·                     Membawa peralatan yang diperlukan dengan lengkap.

·                     Mendengar dengan teliti arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan oleh guru.

·                     Sentiasa berada dalam kumpulan yang ditetapkan.

 

PERANAN GURU PENASIHAT/JURULATIH/ GURU PENGIRING

·                     Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti luar melalui,Poster,Perhimpunan Mingguan,Ceramah,Bengkel,Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas,Tayangan Video,Ceramah,Edaran.

·                     Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.

·                     Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.

·                     Memaklum kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.

·                     Menganalisis setiap kejadian.

·                     Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti luar sekolah.

·                     Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.

 

PERANAN IBUBAPA

·                     Mengambil tahu aktiviti luar yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.

·                     Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.

·                     Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.

·                     Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.

·                     Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

 


Jenis kompas dan membaca bereng

Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran kerana ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

 

KEGUNAAN KOMPAS

1.Mencari arah Utara

2.Menentukan kedudukan peta

3.Menyukat bering (sudut)

 

JENIS KOMPAS

Terdapat dua jenis kompas:


                      ANALOG                                                                                                    DIGITAL

KEGUNAAN KOMPAS

Kompas boleh digunakan untuk tujuan berikut :-

1. Mengukur jarak

2. Menentukan kedudukan

3. Mencari arah

 

TEKNIK MENGGUNAKAN KOMPAS

Kenal pasti arah utara, selatan, timur, barat dan juga arah lain seperti timur laut, barat daya dan lain-lain. Jarum kompas yang berwarna merah hendaklah sentiasa menunjukan arah utara.

 

MEMAHAMI BAHAGIAN (ANATOMI) KOMPAS

MENGETAHUI BACAAN BERENG (SUDUT)

Bereng ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.

 

Bereng kompas boleh dibaca dalam unit darjah (0-360 darjah). Sebelum mengetahui cara menggunakan kompas, seorang pengakap harus memahami cara membaca bereng. Bereng kompas dibaca dalam unit darjah iaitu 0 hingga 360 darjah.


PENETAPAN PETA

1. Letak peta di atas tempat yang rata.

2. Letak kompas di atas peta itu dalam kedudukan tepi kompas selari dengan grid peta menegak.

3. Putar dail kompas supaya berada di kedudukan 0 darjah

4. Pusing peta itu supaya jarum kompas menghala kearah utara peta (masuk dalam rumah kompas)


MEMBACA BERENG

1. Menghadap sasaran (point) yang hendak dituju

2. Pegang kompas pada paras pinggang atau lebih tinggi sedikit dan pastikan arah kompas menunjuk arah sasaran (point).

3. Putar dail kompas sehingga jarum kompas menghala kearah utara kompas (masuk dalam rumah kompas)

4. Baca bereng pada dial kompas di bahagian penandanya.

 

Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta

Garisan kontur atau kontur suatu fungsi dua pemboleh ubah ialah lengkung di mana fungsi tersebut mempunyai nilai malar. Dalam kartografi, garisan kontur menyambungkan titik-titik dengan aras tinggi yang sama di atas suatu aras tertentu, seperti aras laut purata. Peta kontur ialah peta yang berilustrasi garisan kontor, contohnya peta topografi. Selang kontur ialah perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur yang berturutan.

 

Rujukan Grid

 

·         Garisan grid digunakan bagi menunujukkan kedudukan sesuatu tempat di atas peta topografi. Garisan grid yang dilukis melintang dinamakan garisan utaraan dan garisan grid yang dilukis secara menegak dinamakan garisan timuran.

·         Kedudukan sesuatu tempat di atas peta topografi dapat ditentukan dengan menggunakan rujukan grid. Rujukan grid merupakan titik persilangan antara garisan timuran dan utaraan.

·         Terdapat dua jenis rujukan grid :

 

Rujukan grid 4 Angka – digunakan bagi menunjukkan objek di dalam sesuatu persegi grid.

 

Rujukan grid 6 angka – Digunakan bagi menunjukkan kedudukan sesuatu ciri geografi dengan lebih tepat.


Rujukan umum mengenai objek di dalam persegi grid A boleh dibuat melalui RG 1222.  Sementara kedudukan B secara tepat dibuat dengan membahagikan jarak antara garisan grid timuran 14 dan 15 serta utaraan 22 dan 23 kepada 10 bahagian sekata. Kedudukan B dinyatakan secara tepat dalam bentuk rujukan grid 6 angka ialah RG145235.

 

Kedudukan satu tempat atau poin boleh ditentukan dengan menggunakan arah atau bearing. Arah adalah satu cara yang subjektif, oleh itu ia kurang tepat. Bearing tepat kerana ia didapati dengan menggunakan protaktor.


Arah menunjukkan kedudukan satu-satu poin dari arah lain dengan menggunakan nama mata angin. Jarum pada kompas magnetic digunakan untuk menunjukkan arah. Terdapat 4 arah utama, iaitu utara, timur, barat dan selatan. Keempat-empat arah ini disebut mata angin utama selain daripada empat mata angin utama, terdapat 28 mata angin yang lain.

 

 Mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Umum digunakan dalam navigasi, kompas dan peta. Berpandukan pada pusat mata angin, maka kita akan melihat 8 arah yaitu dengan urutan sebagai berikut (mengikuti arah jarum jam):

 

Utara (0°)

Timur laut (45°): Terletak di antara utara dan timur

Timur (90°)

Tenggara (135°): Terletak di antara timur dan selatan

Selatan (180°)

Barat daya (225°): Terletak di antara selatan dan barat

Barat (270°)

Barat laut (315°): Terletak di antara barat dan utara

Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama.

 

Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat menentukan arah putaran Bumi.

PETA TOPO

maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:

a. Rupa bumi dari garis kontur

b. Bentuk saliran

c. Tumbuhan semulajadi

d. Jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain

e. Bentuk petempatan

f. Bentuk perhubungan

Ikhtiar Hidup

Kemahiran ikhtiar hidup perlu ada dalam diri setiap individu sebelum meredah hutan tidak kira sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Hal ini disebabkan oleh malang yang tidak berbau. Kita tidak dapat mengagak sama ada kita akan dapat keluar dari dalam hutan pada tempoh yang dirancang.

 

PENGENALAN

1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.

2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

-Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.

-Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.

-Terselamat dalam nahas udara atau laut.

3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

 

DEFINISI

Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.



OBJEKTIF

Kognitif

· Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.

· Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.

· Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.



Psikomotor

· Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.

· Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.

· Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.


Afektif

· Membina keyakinan diri untuk terus hidup.

· Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.

· Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.


Balutan- kepala, lutut dan lengan

BALUTAN LUKA LUTUT                                                          BALUTAN LUKA KEPALA                                    ANDUH LENGAN

Tindakan kecemasan

Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan oleh pengakap kepada seseorang pengakap atau seseorang lain yang ditimpa kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau hospital atau sebelum ketibaan doktor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan nyawa, menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan mendapat rawatan doktor.

 

      Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau ilmu perubatan, namun mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengakap yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera.

 

      Dalam memenuhi keperluan Lencana Usaha, pengakap dikehendaki tahu bagaimana menghadapi kemalangan seperti terbakar, luka, disengat binatang, dan pengsan atau pitam. Mereka harus tahu tanda, punca atau penyebab dan yang paling penting rawatannya.

 

D ~ DANGER (BAHAYA)

 -Kenalpasti impak bahaya kepada diri sendiri, mangsa & orang keliling


R ~ RESPONSE (TINDAKBALAS)

-Ada pergerakan dari mangsa?

-Bolehkah mangsa bercakap?

-Tepuk bahu mangsa untuk mendapatkan tindakbalas


A ~ AIRWAY (SALURAN UDARA)

-Pastikan saluran udara mangsa tidak tersekat dengan menekan dahi mangsa ke bawah dan dongakkan dagu mangsa ke atas. 

 

B ~ BREATHING (PERNAFASAN)

-LIHAT, DENGAR & RASA  samada mangsa bernafas secara normal

-Hubungi/minta bantuan orang keliling untuk hubungi 999 dan terangkan D, R, A & B di atas.


C ~ CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)

-Mulakan CPR (jika mengetahui) atau tanya orang keliling yang mengetahui atau tunggu pasukan perubatan tiba